Kartel saman trafik polis ditumpaskan SPRM
Kartel saman trafik polis ditumpaskan SPRM
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya membongkar aktiviti rasuah membabitkan sindiket pengurangan saman trafik dari beberapa negeri sejak 2016 hingga kini transaksi wang berjumlah lebih RM5 juta.
Susulan itu, SPRM menahan 11 individu membabitkan empat anggota polis, enam penjawat awam dan seorang orang awam.
Sumber berkata, sembilan daripada individu-individu itu sudah direman bagi membantu siasatan sementara dua lagi dibebaskan dengan jaminan SPRM selepas keterangan diambil.
Perintah tahanan reman selama tiga hari bermula semalam sehingga 7 Oktober 2022 itu dikeluarkan Majistret, Irza Zulaikha Rohanuddin, selepas meluluskan permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya.
Menurut sumber, sindiket berkenaan dipercayai mencari individu yang ingin menyelesaikan saman trafik dengan membayar sejumlah wang lebih rendah daripada nilai saman.
“Selepas menerima wang itu, sebahagian jumlah berkenaan akan dimasukkan ke hasil kerajaan manakala selebihnya akan dikongsi dengan beberapa suspek yang bertugas di Polis Diraja Malaysia (PDRM). Kemudian, suspek akan mengeluarkan nama individu yang disaman daripada sistem PDRM.
“Bayaran ini akan dikutip anggota sindiket seterusnya menyerahkan kepada pegawai yang membuat pengurangan kompaun menerusi sistem,” ujarnya.
Difahamkan, sebanyak 60 akaun bank daripada suspek berjumlah keseluruhan kira-kira RM184,000 dibekukan oleh SPRM.
Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim, mengesahkan penahanan itu dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.
Jelas beliau lagi pihaknya tidak menolak kemungkinan untuk memanggil beberapa lagi saksi terdiri daripada pegawai dan anggota polis serta orang awam bagi membantu siasatan. HM
Kartel saman trafik polis ditumpaskan SPRM
Baca Artikel Menarik:
- Rais Hussin umum keluar Bersatu
- Sindiran Sanusi dan TMJ semakin panas
- Adakah 12 menteri PN sudah tak sokong Ismail Sabri?
- 37 terbunuh dalam insiden tembakan pusat jagaan kanak-kanak
- Sanusi gagal dan koyak – Bekas exco
- Sebaldi gigi emas ditemui dalam bilik seksaan di Ukraine
- Siasat penyebaran laporan siasatan buku Tommy Thomas
- Deepak ‘bungkus’ lagi, Mahkamah Persekutuan tolak samannya terhadap Najib dan Rosmah
- Mahathir cuba ‘mengajar’ Jabatan Peguam Negara?
- Awie kesal didakwa punca kerosakan akhlak rakyat Kelantan
- Orang Laos tolong korek terowong untuk rakyat Malaysia lari
- Menteri PN guna istana bantah PRU-15
- Kain kapan jenazah terkeluar akibat tanah runtuh tepi kubur
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Wanita ‘korek’ bayi dari perut ibu berdepan hukuman mati
Pemuda cekik saudara sendiri, gantung mayat pada paip