PAS akan kembali kepada UMNO demi kepentingan orang Melayu

Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, semalam memberi bayangan bahawa PAS akan membuat pusingan U dan kembali mengukuhkan Muafakat Nasional (MN) tidak lama lagi adalah antara isi taklimat yang disampaikan Ahmad Zahid dalam perjumpaan tertutup di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL) petang tadi.

Pertemuan yang jelas dibuat di ambang pembubaran parlimen itu turut dihadiri Perdana Menteri yang juga Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob.

Kata sumber terbabit, Ahmad Zahid memberi gambaran mengenai langkah terbaru PAS itu melalui ucapannya.

“Presiden bagi gambaran bahawa PAS akan bersama BN dalam PRU ke-15. Itu antara inti pati yang kami hadam.

“Ada kemungkinan besar PAS akan bersama kami,” katanya ketika dihubungi semalam.

Terdahulu Malaysiakini melaporkan Umno mengadakan pertemuan dengan pemimpin dari 191 bahagian Umno di Dewan Tun Hussein Onn, WTC KL.

Ahmad Zahid dalam sidang medianya selepas pertemuan itu antara lain menegaskan PAS perlu segera memutuskan kerjasamanya dengan PN jika mahu terus bekerjasama dengan mereka.

Tegas anggota Parlimen Bagan Datuk itu, PAS juga sedia maklum dengan syarat Umno itu dan telah menetapkan tarikh akhir untuk menetapkan keputusan mereka.

Sementara itu seorang sumber lain yang turut hadir dalam perjumpaan semalam turut mengesahkan gambaran bahawa PAS akan bersama BN.

Bagaimanapun, katanya, perkembangan terkini menunjukkan ada pihak tertentu dalam PAS sendiri sedang berusaha untuk menggagalkan kerjasama berkenaan.

“Ya benar presiden Umno ada bagi gambaran dan PAS dikatakan bersetuju dengan syarat tetapkan BN. Cuma kerjasama itu kita tak panggil sebagai MN, tapi MN 2.0.

“Cuma saya dapat maklumat terkini yang ada pihak dalaman PAS sendiri cuba menghalang kerjasama ini, difahamkan orang-orang yang rapat dengan presiden PAS juga,” katanya yang enggan didedahkan namanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Sebagai rekod PAS sebelum ini dilaporkan akan mengkaji secara mendalam keterbukaan Umno mahu memulihkan agenda penyatuan ummah susulan pertemuan empat mata pemimpin tertinggi kedua-dua parti.

Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan, berkata PAS akan membuat keputusan muktamad mengenai kerjasama mereka dengan Umno pada hujung minggu ini.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu rumah MRF: Sidang akhbar jadi gelanggang tikam lidah

Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee

Gelaran Datuk Seri Mahadi Didakwa Palsu?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker