Nazlan Mesti Didakwa, Maybank Juga Perlu Disiasat?

Oleh Tun Teja

ISU melewat-lewatkan pendakwaan terhadap Datuk Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali dilihat semakin tidak masuk akal memandangkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah berkali-kali menegaskan kertas siasatan terhadap Nazlan telah lama siap.

Mohd Nazlan yang ketika itu hakim Mahkamah Tinggi sepatutnya mendedahkan jawatan terdahulunya pada 2012, iaitu selaku setiausaha syarikat dan ketua penasihat undang-undang kumpulan Maybank.



Menurut sumber, dalam penghakiman bertulisnya, Hakim Nazlan berkata, Najib tubuh SRC untuk mencuri duit. “Najib established and set-up SRC for purpose of “stealing money” sedangkan MAYBANK yang mencadangkan penubuhan SRC. Maybank dibayar RM800K kerana khidmat nasihatnya itu. Ketika itu Hakim Nazlan adalah Ketua Legal Counsel dan Setiausaha Syarikat kepada Maybank.

Beliau juga dikatakan memainkan peranan dalam pinjaman dana oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB) daripada Maybank bagi pengambilalihan Tanjong Energy Holdings Sdn Bhd (Tanjong).

Malah terdapat lebih RM4 bilion pinjaman Maybank kepada 1MDB untuk pengambilalihan Tanjong yang melalui pelbagai proses, jawatankuasa risiko dan keseluruhan lembaga (Lembaga Pengarah Maybank).

Salah seorang ahli jawatankuasa yang mendapatkan arahan adalah Nazlan. Beliau meneliti segala proses bagi pinjaman itu dan memberikan pandangan apabila 1MDB gagal membayar pinjaman berkenaan.



Persoalan yang menjadi tanda tanya sehingga ke hari ini, mengapa bahan bukti penting ini ditolak oleh Mahkamah memandangkan ramai pihak melihat perkara ini sebagai ada konflik kepentingan. Secara rasionalnya Nazlan perlu menarik diri sebagai hakim yang membicarakan kes Najib. Oleh itu, Nazlan mesti didakwa. Apakah Maybank juga perlu disiasat?

Memang sejak 2006 hingga 2014, Kumpulan Maybank dalam laporan tahunannya telah mendedahkan kepada umum bahawa Hakim Datuk Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali yang mendengar dan memutuskan Najib bersalah atas tuduhan penyelewengan dana RM42 juta SRC International merupakan peguam (general counsel) dan Setiausaha Syarikat Kumpulan Maybank. Persoalannya, adakah Maybank perlu tampil mendedahkan perkara tersebut ketika perbicaraan memandangkan maklumat tersebut mungkin tidak disedari ramai pihak sebelum ini?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker