Pembuburan Parlimen: Ketegasan Ismail Sabri Yaakob bukti sokongan padu UMNO

PETALING JAYA: Ketegasan Ismail Sabri Yaakob berhubung hak membubarkan Parlimen menunjukkan keyakinannya mendapat sokongan penuh Umno terhadap kedudukannya sebagai perdana menteri.

“Ia merupakan paparan kekuatan dan keyakinan, selain juga penunjuk pilihan raya umum semakin hampir,” kata Felo Kanan Majlis Profesor Negara Jeniri Amir.

Katanya kepada FMT, apa yang diperkatakan Ismail seperti memberi isyarat beliau memperoleh sokongan Umno menerajui jawatan nombor satu kerajaan sekiranya Barisan Nasional (BN) menang, pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).



Katanya, sehubungan itu, keseluruhan Umno kini dilihat sudah bersama Ismail dengan perdana menteri tidak lagi menghiraukan pandangan parti lain terhadapnya berhubung bila sepatutnya PRU15 diadakan.

Jeniri berkata, justeru, ia menjadi “petanda cukup baik bagi BN” kerana berada pada kedudukan baik bertanding, pada PRU15.

Pimpinan tinggi Umno bertemu dengan ketua bahagian, termasuk pemimpin sayap dalam perjumpaan khas Umno, di ibu pejabat parti, semalam. Beberapa pemimpin akar umbi Umno memberitahu FMT, bahawa mereka yakin pimpinan tinggi sudah menetapkan tarikh bagi membuka jalan kepada PRU15.

Pemimpin Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan sudah memaklumkan Ismail supaya tidak melayan desakan partinya bagi mengadakan PRU15 tahun ini juga.



Semalam, Ismail berkata, perdana menteri mempunyai kuasa untuk mencadangkan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum diadakan.

Seorang lagi penganalisis, Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya, berkata kehadiran Ismail dalam perjumpaan khas, semalam, bersama Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, menunjukkan dua pemimpin itu senada.

“Mereka memerlukan satu sama lain demi memastikan Umno dan BN menang PRU15,” katanya.

Katanya, Ismail memperagakan ketegasan seperti mana dilakukan perdana menteri sebelum ini terutama membabitkan kuasa mencadangkan pembubaran Parlimen.



Beliau berkata, tindakan itu juga memaparkan beliau tidak terikat dengan Bersatu dan PAS, selain tidak gentar masuk ke pilihan raya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu rumah MRF: Sidang akhbar jadi gelanggang tikam lidah

Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee



Gelaran Datuk Seri Mahadi Didakwa Palsu?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker