Saman LHDN terhadap Nooryana Najwa Najib selesai

Saman yang difailkan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk menuntut RM10.3 juta cukai tertunggak daripada Nooryana Najwa Najib selesai.

Peguam Muhammad Farhan Muhammad Shafee yang mewakili Nooryana hari ini mengesahkan LHDN menarik balik rayuan berkaitan kes itu yang sebelum ini difailkan di Mahkamah Rayuan.

Rayuan itu berkenaan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 26 ogos 2020 yang menolak permohonan LHDN untuk penghakiman ringkas terhadap anak bekas perdana menteri Najib Razak itu.



Mengikut undang-undang sivil, sesebuah mahkamah dibenarkan membuat penghakiman ringkasan bagi sesuatu memutuskan hal perundangan tanpa menjalani perbicaran penuh.

Jika ia dibenarkan, Nooryana tidak boleh membela dirinya terhadap saman tersebut.

“Rayuan LHDN terhadap penolakan Mahkamah Tinggi untuk mendapatkan penghakiman ringkas telah ditarik balik, memandangkan isu cukai ini telah diselesaikan.

“Berkenaan saman di Mahkamah Tinggi, tarikh perbicaraan telah dikosongkan namun proses pembatalan secara rasmi masih belum tamat,” katanya.



Seorang lagi peguam Nooryana, Wee Yeong Kang turut mengesahkan pembatalan permohonan LHDN serta penyelesaian isu tuntutan cukai antara lembaga itu dengan anak guamnya.

Dalam kumpulan WhatsApp Istana Kehakiman dengan pengamal media, seorang pegawai mahkamah juga memaklumkan LHDN telah menarik balik permohonannya.

Selain Nooryana, LHDN turut memfailkan tindakan sivil untuk menuntut RM1.69 bilion daripada Najib dan RM37.6 juta daripada anaknya, Mohd Nazifuddin.

Najib dan Nazifuddin kini sedang merayu kepada Mahkamah Persekutuan untuk membatalkan penghakiman ringkas terhadap mereka.



Terdahulu, LHDN turut menyelesaikan saman tuntutan cukai berjumlah RM13.16 juta terhadap seorang lagi anak Najib iaitu Mohamad Nizar.

Dalam penyelesaian itu, Nizar setuju untuk menyelesaikan cukai taksiran tambahan bagi tahun taksiran mulai 2011 hingga 2017.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu rumah MRF: Sidang akhbar jadi gelanggang tikam lidah



Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee

Gelaran Datuk Seri Mahadi Didakwa Palsu?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker