Aniq Suhair, saya minta maaf

Aniq Suhair, saya minta maaf

“Semua hantaran itu adalah palsu dan tidak benar. Saya minta maaf telah rosakkan reputasi awak.”

Itu penjelasan seorang wanita yang sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila mendakwa dirinya hamil disebabkan perbuatan pelakon, Aniq Suhair.



Menerusi sebuah video yang dimuat naik di aplikasi TikTok, wanita tanpa identiti itu, menjelaskan segala tuduhan yang tidak benar itu telah menjejaskan nama serta karier pelakon lelaki tersebut.

“Saya di sini mahu membuat permohonan maaf secara terbuka tentang apa yang telah saya kongsikan dalam TikTok tentang Aniq sebelum ini.

“Saya tiada niat untuk menjatuhkan reputasi dan kerjayanya. Saya minta maaf pada semua, kepada pihak media dan terutama sekali kepada Aniq Suhair.

“Ini satu tindakan tidak wajar terhadap Aniq sendiri. Tidak seharusnya saya memuat naik kandungan seperti itu. Sekali lagi saya meminta maaf atas perkara tersebut,”tulis wanita tersebut.



Aniq sebelum ini berdepan tuduhan menghamilkan seorang wanita selepas sebuah video tular di media sosial.

Bagaimanapun, Aniq tampil menafikan dakwaan tersebut dan bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap wanita berkenaan.

Selain pengakuan bertulis, wanita itu turut memuat naik gambar-gambar Aniq sebagai bukti permohonan maaf dan tidak mahu lagi menjawab sebarang isu berkaitan fitnah tersebut.

Dalam pada itu, usaha Utusan Malaysia mendapatkan penjelasan Aniq gagal berikutan pelakon itu ketika ini berada di Mekah sehingga hujung November. Utusan



Aniq Suhair, saya minta maaf

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Achey guna populariti anak demi lariskan bisnes?



Penyertaan dalam FD3 macam sampah, ini kata Ryan Bakery

Nabil gurau ‘face shaming’ pulak kali ini



Leona dikecam nampak lurah, Azhar Sulaiman ‘back up’



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker