Polis tahan 29 ahli Geng TCB 21 terlibat kes tembak

Polis berjaya menahan seramai 29 orang ahli kumpulan jenayah terancang yang dikenali Geng TCB 21 dalam satu operasi baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, geng berkenaan aktif melakukan pelbagai kesalahan di sekitar Banting dan Dengkil di Selangor.

Geng berkenaan disyaki terlibat dalam satu kejadian tembak di Banting pada September lalu.

Ekoran kes yang sama pada 13 dan 14 Oktober lalu, JSJ Bukit Aman dan Selangor mengadakan operasi dan hasilnya telah menahan 29 ahli geng tersebut di bawah Seksyen 130V Kanun Keseksaan (KK).

Siasatan turut dijalankan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) yang membenarkan tahanan selama 28 hari.

“Kertas siasatan telah dirujuk kepada Ketua Unit Jenayah Berat, Jabatan Peguam Negara namun keterangan yang ada tidak mencukupi untuk mendakwa mereka di bawah Seksyen 130V KK,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, hasil siasatan mendapati Geng TGC 21 merupakan kongsi gelap haram yang aktif melakukan kesalahan jenayah serius seperti cubaan bunuh menggunakan senjata api, melepaskan tembakan dalam rusuhan berkumpulan, merompa, melakukan khianat dengan membakar kereta, melakukan pemerasan dan mencederakan mangsa.

“Polis mempunyai keterangan yang mencukupi untuk mengambil tindaka pencegahan jenayah atas kumpulan ini di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959,” kata Huzir. MG

Polis tahan 3 individu tawar seks

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker