Tidak sengaja bunyi hon, lelaki ditumbuk, cermin kereta dipecahkan

Tidak sengaja bunyi hon, lelaki ditumbuk, cermin kereta dipecahkan

Johor Bahru: Gara-gara tidak sengaja membunyikan hon, seorang lelaki ditumbuk, manakala cermin keretanya dipecahkan dengan dua batang besi di hadapan sebuah pasar raya di kawasan Taman Setia Indah, di sini, hari ini.

Ketua Polis daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira 12 tengah hari selepas lelaki berkenaan dipercayai berselisih faham dengan seorang lelaki tempatan kerana membunyikan hon tanpa sengaja.



Katanya, mangsa mengaku tidak mengenali suspek yang menaiki motosikal Yamaha 135LC.

“Ketika kejadian, suspek menyemburkan serbuk pemedih mata ke arah mata pengadu, memukul kepala menggunakan topi keledar dan memecahkan cermin kereta di bahagian hadapan.

“Kemudian empat lelaki warga tempatan yang tidak dikenali, dipercayai kawan suspek, datang ke lokasi menaiki kenderaan pacuan empat roda.

“Mereka terus bertindak memecahkan cermin kereta lelaki berkenaan di bahagian belakang dan pintu kanan serta kiri.



“Suspek juga memukul bonet depan kereta pengadu menggunakan dua batang besi panjang,” katanya dalam kenyataan media di sini, hari ini.

Raub berkata, kejadian menyebabkan mangsa mengalami cedera bengkak di bibir, lebam di tangan dan sakit di belakang badan serta leher.

Susulan itu, mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian pada 1.55 petang, di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan.

Katanya, pihak polis sedang mengesan lima suspek yang terbabit dalam kes ini bagi membantu siasatan.



Kes disiasat mengikut Seksyen 324 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian boleh menghubungi talian hotline IPD JBS ditalian 07-2182323 atau Pegawai Penyiasat Inspektor Salaihudin Azual Razali di talian 013-7290763,” katanya.

Terdahulu, tular satu video berdurasi enam saat memaparkan tindakan dua lelaki membuat kerosakan terhadap sebuah kereta berwarna putih.

Turut kelihatan kesan cermin pecah di tingkap pemandu kereta terbabit. HM



Tidak sengaja bunyi hon, lelaki ditumbuk, cermin kereta dipecahkan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu rumah MRF: Sidang akhbar jadi gelanggang tikam lidah



Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee

Gelaran Datuk Seri Mahadi Didakwa Palsu?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker