MP Segamat, MP Kuala Langat lompat lagi kini sertai PBM

Ahli Parlimen Segamat Edmund Santhara Kumar (gambar atas) dan Ahli Parlimen Kuala Langat Xavier Jayakumar menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Presiden PBM Zuraida Kamaruddin mengumumkan ahli baru parti itu selepas mesyuarat agung tahunan pertamanya di Petaling Jaya hari ini.

Santhara dan Jayakumar memenangi kerusi mereka dalam pilihan raya umum sebelumnya dengan tiket PKR, begitu juga Zuraida, yang merupakan ahli parlimen Ampang.

Zuraida dan Santhara meninggalkan PKR ketika ‘Langkah Sheraton’ pada Feb 2020 untuk menyertai Bersatu.

Sementara itu, Jayakumar meletak jawatan daripada PKR pada Mac 2021 untuk menjadi ahli parlimen bebas yang menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang memerintah ketika itu.

Dengan dua penambahan baru itu, PBM kini mempunyai enam ahli parlimen.

Empat lagi ialah Zuraida, Ahli Parlimen Tebrau Steven Choong, Ahli Parlimen Julau Larry Sn’g dan Ahli Parlimen Lahad Datu Mohamaddin Ketapi.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu rumah MRF: Sidang akhbar jadi gelanggang tikam lidah

Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee

Gelaran Datuk Seri Mahadi Didakwa Palsu?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker