Sokong atau tidak Mahathir tunggu tarikh pembubaran Parlimen

SEPANG – Mahathir akan mengumumkan pendirian sama ada menyokong atau menolak Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mempersembah cadangan pembubaran Parlimen kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, kelak.

Pengerusi Penaja GTA, Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan, buat masa ini pihaknya berpendapat waktu sesuai untuk mengadakan PRU15 adalah pada tahun hadapan, selepas musim banjir bagi mengelak berlaku kejadian tidak diingini terhadap pengundi

“Kalau mereka (kerajaan) buat permohonan (tarikh pembubaran Parlimen) kepada Yang di-Pertuan Agong, pada masa itu kita akan buat keputusan sama ada membantah atau menyokong.

“Kita berpendapat bahawa sepatutnya tidak diadakan pilihan raya ketika banjir besar, angin kencang supaya semua orang yang keluar mengundi selamat dan dapat mengundi dengan baik,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Program Suara Tanah Air anjuran sayap muda GTA pada Sabtu.



Sinar Harian sebelum ini melaporkan, Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang berlangsung pada Jumaat membuat ketetapan supaya PRU15 diadakan pada tahun ini.

Susulan itu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dilaporkan berkata, Ismail Sabri akan mempersembahkan cadangan tarikh pembubaran Parlimen kepada Yang di-Pertuan Agong selaras dengan Perkara 40(1) Perlembagaan Persekutuan.

Sementara itu mengulas mengenai status permohonan GTA dalam Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS), bekas Perdana Menteri itu memaklumkan, setakat ini GTA masih menunggu kelulusan daripada agensi berkenaan.

“Kita diberitahu bahawa ada lebih 30 parti lain yang sedang menunggu untuk didaftarkan (dengan RoS), sebab itu permohonan tidak boleh dipercepatkan (pendaftaran).



“Mungkin dalam bulan ini (Oktober) mereka akan daftar, tetapi kita juga diberitahu bahawa pendaftaran GTA tidak ada masalah kerana memenuhi semua peraturan dan undang-undang negara,” jelasnya.

Sebelum ini GTA dilaporkan telah mendapat kelulusan sementara daripada RoS dalam usaha gabungan tersebut turut serta dalam PRU15 nanti.

Dalam pada itu ketika ditanya mengenai perancangan GTA sekiranya parti itu tidak sempat didaftarkan dalam RoS menjelang PRU15, Mahathir berkata, pihaknya sudah mempunyai ‘Plan B’ sebagai pelan sandaran.

“Kita sudah ada Plan B, tetapi tidak boleh beritahu sekarang,” jawabnya ringkas.



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu rumah MRF: Sidang akhbar jadi gelanggang tikam lidah

Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee

Gelaran Datuk Seri Mahadi Didakwa Palsu?

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker