Perjumpaan khas UMNO bersama Presiden dan Perdana Menteri

Satu surat jemputan berhubung perjumpaan khas pemimpin UMNO peringkat bahagian bersama Presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadual berlangsung pada Selasa depan.

Berdasarkan surat berkenaan, perjumpaan itu melibatkan semua Ketua UMNO Bahagian serta sayap Pemuda, Wanita dan Puteri bahagian.

Perjumpaan tersebut adalah kesimbungan kepada keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang mencadangkan supaya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU) diadakan dalam tahun ini.



Dalam surat yang ditandatangani Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, majlis pertemuan itu akan diadakan di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada jam 2 petang.

“Adalah dimaklumkan bahawa satu perjumpaan khas bersama Presiden UMNO dan Perdana Menteri akan diadakan pada 4 Oktober 2022 (Selasa) bertempat di Dewan Tun Hussein Onn, WTC.

“Sehubungan dengan itu, semua Ketua UMNO Bahagian, Ketua Wanita UMNO Bahagian, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian dan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian adalah dijemput hadir ke majlis tersebut,” tulis dalam surat jemputan berkenaan.



Surat tersebut yang tular baru-baru ini bagaimanapun tidak ada sebarang pengesahan daripada mana-mana pihak dalam UMNO.

Sementara itu, Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said ketika dihubungi Sinar Harian berkata, beliau tidak menerima mana-mana surat berhubung jemputan tersebut.

“Sebab saya pun baru sahaja balik. saya sendiri tidak terima surat lagi. Yang lain saya tidak tahu,” katanya.

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu rumah MRF: Sidang akhbar jadi gelanggang tikam lidah



Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee

Gelaran Datuk Seri Mahadi Didakwa Palsu?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker