PBM mahu tarikh PRU-15 disegerakan

SHAH ALAM – Parti Bangsa Malaysia (PBM) meminta kerajaan supaya segera menetapkan satu tarikh bersesuaian bagi pelaksanaan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dan tidak lagi berteka-teki.

Presiden penggantinya, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, penetapan tarikh itu penting dalam keadaan kemampanan dan politik negara yang bercelaru ketika ini.

Kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi itu, dengan adanya tindakan ini, kerajaan boleh dirancang dan direncana dengan baik sekali gus tidak celaru sebegini.

“Adakah kita mahu terus dalam keadaan begini dan agenda PBM mahu membawa perubahan dengan ‘reset’ dan harus memperbetulkan yang betul.



“Sudah tiba masanya kita mengangkat agenda itu agar ada penetapan tarikh pilihan raya akan datang,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Agung Tahunan Pertama PBM di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini hari ini.

Jelas Zuraida, pihaknya berpegang kepada prinsip mempertahankan terlebih dulu apa yang dimiliki parti itu pada PRU-15.

“Kita pertahan dulu apa yang ada di tangan kita sekali pun akan membantu mana-mana gabungan yang mahu mencari jalan demi manfaat bersama,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, PBM menggariskan enam teras utama yang berupaya membawa Malaysia ke mercu lebih tinggi dan mengatasi keupayaan negara lain.



“Teras itu meliputi keharmonian antara semua kaum, pemerkasaan penglibatan wanita kuasa anak muda dan pendidikan sama ada akademik atau kemahiran.

“Selain itu, kita memfokuskan agenda sains dan teknologi serta reset ekonomi negara,” ujarnya.

Tambah Zuraida, PBM turut akan melancarkan Doktrin Bangsa Malaysia iaitu garis panduan untuk diteladani setiap ahli parti bagi memastikan misi perjuangan membangunkan Malaysia tercapai

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu rumah MRF: Sidang akhbar jadi gelanggang tikam lidah

Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee

Gelaran Datuk Seri Mahadi Didakwa Palsu?

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker