Bukan Di Bawah Skop Production.. Syamsul Terbit Filem Baharu, Yusof Haslam Beri Jawapan…

Yusof Haslam diminta mengulas mengenai filem baharu, The Original Gangster yang difahamkan terbitan Syamsul bersama Razor Edge Pictures.

 

Bukan Di Bawah Skop Production.. Syamsul Terbit Filem Baharu, Yusof Haslam Beri Jawapan…

PENGARAH dan penerbit, Datuk Yusof Haslam enggan memberikan sebarang komen tentang anaknya, Syamsul Yusof yang bakal menghasilkan sebuah filem tetapi bukan di bawah terbitan Skop Production.

Yusof berkata, dia tidak mahu menyentuh hal berkenaan memandangkan ia melibatkan hal anak beranak yang boleh dikatakan agak sensitif.

“Saya tak nak komen hal-hal berkaitan dengan Syamsul. Itu hak dia.
“Saya tahu tentang hal ini pun lepas dengar-dengar daripada orang. Itu hak dia. Saya tak nak komen apa-apa.
“Dan saya difahamkan juga, dia tak buat KL Gangster 3, dia tukar tajuk dan dia buat cerita ini lah. Tapi itu hak dia.

 

Yusof Haslam diminta mengulas mengenai filem baharu, The Original Gangster yang difahamkan terbitan Syamsul bersama Razor Edge Pictures.

Menerusi poster acahan yang dimuat naik oleh Syamsul di Instagram baru-baru ini, pengarah filem Mat Kilau itu mendedahkan yang filem The Original Gangster merupakan filem aksi moden termahal yang pernah diterbitkan.

Pada poster berkenaan juga, para pelakon yang dikatakan bakal membintangi filem tersebut adalah Datuk Aaron Aziz, Beto Kusyairi, Sharnaaz Ahmad, Yayan Ruhian, Datuk Rosyam Nor dan Syamsul Yusof Sendiri.

Syamsul turut memperkenalkan syarikat terbitan filemnya iaitu Syamsul Yusof Films Sdn. Bhd. –Gempak

Bukan Di Bawah Skop Production.. Syamsul Terbit Filem Baharu, Yusof Haslam Beri Jawapan…

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu rumah MRF: Sidang akhbar jadi gelanggang tikam lidah

Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker