19 maut kumpulan perusuh serbu balai polis

Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh dan 20 lagi cedera dalam pertempuran yang meletus di bandar Zahedan di tenggara wilayah Sistan-Baluchestan, Iran pada Jumaat selepas sekumpulan penunjuk perasaan bersenjata menyerbu sebuah balai polis.

Kejadian berlaku selepas solat Jumaat di luar balai polis di Jalan Razi di barat Zahedan, beberapa blok dari Masjid Makki, lapor Agensi Anadolu memetik Gabenor Wilayah, Hossein Modarriskhiyabani.

Beliau menyifatkan penyerang sebagai ‘kumpulan pengganas dan pemisah’, yang berniat untuk ‘menawan’ balai polis itu.

Video yang tular di media sosial menunjukkan keadaan ngeri ketika orang yang cedera dibawa keluar di tengah-tengah kepulan asap dan bunyi tembakan kedengaran.

Media kerajaan melaporkan bahawa “sekumpulan lelaki bersenjata yang tidak dikenali” melepaskan tembakan ke arah balai polis, mencetuskan pertempuran. Beberapa laporan lain mengatakan penyerang tidak bersenjata tetapi bertindak melontar batu.

Kemudian, penunjuk perasaan yang berang mula membakar beberapa bank dan kereta polis di seluruh bandar, menurut saksi.
Akhir-akhir ini ketegangan semakin memuncak di wilayah majoriti Sunni yang bersempadan dengan Pakistan susulan kematian seorang wanita, Mahsa Amini, semasa dalam tahanan polis.

BERNAMA

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu rumah MRF: Sidang akhbar jadi gelanggang tikam lidah

Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee

Gelaran Datuk Seri Mahadi Didakwa Palsu?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker