Tommy Thomas tidak akan terlepas, siasatan akan dedahkan

KUALA LUMPUR : Kerajaan akan mendedahkan kepada umum berhubung laporan hasil siasatan ke atas buku memoir bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.

“Insya-Allah kita akan dedahkan,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob secara ringkas kepada pemberita hari ini.

Sebelum ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, pendedahan tersebut penting bagi masyarakat umum mengetahui perihal sebenar membabitkan bekas Peguam Negara ‘lantikan politik’ itu.

Ahmad Zahid menambah, laporan itu tidak sepatutnya dibiarkan disimpan terlalu lama kerana dibimbangi kontroversi akan mengulangi kertas siasatan kes Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Sementara itu, Ismail Sabri pada 30 September telah mengarahkan agensi penguat kuasa segera melaksanakan siasatan lanjut bagi menyiasat kemungkinan salah laku Tommy berhubung pelbagai dakwaan yang terkandung dalam buku dihasilkannya.

Siasatan akan dilakukan antaranya di bawah Seksyen 124(1) dan Seksyen 203A Kanun Keseksaan; Seksyen 4 Akta Hasutan 1948; Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972; dan Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Dalam perkembangan lain, Perdana Menteri turut mengesahkan Bajet 2023 yang dijadual pada 7 Oktober ini kekal dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
“(Siapa bentang bajet 2023?) Menteri Kewangan bentang…” katanya.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu rumah MRF: Sidang akhbar jadi gelanggang tikam lidah

Kisah A.R. Tompel meninggal akibat kemalangan jalanraya, beri kesan pada P. Ramlee

Gelaran Datuk Seri Mahadi Didakwa Palsu?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker