Saya setuju tarik sokongan pada Muhyiddin tanpa tumbangkan kerajaan

Saya setuju tarik sokongan pada Muhyiddin tanpa tumbangkan kerajaan. UMNO mengambil langkah drastik menarik sokongan terhadap Perdana Menteri agar tidak terkena tempias susulan kegagalan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) menangani krisis pandemik Covid-19.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, sumber berkata, perkara itu dijelaskan sendiri Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam mesyuarat Majlis Ter­tinggi (MT) UMNO yang diadakan secara maya, baru-baru ini.

“UMNO perlu membuat keputusan. Pada masa ini kalau kita lihat, orang amat dukacita dengan kerajaan. Saya yakin UMNO akan terkena tempias dan adalah lebih baik UMNO memutuskan pada malam ini untuk tidak me­numbangkan kerajaan.

“Kalau Presiden kata UMNO malam ini nak tumbangkan kerajaan, saya tidak setuju. Tapi kalau nak tarik sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri, saya sokong kerana ter­nyata hari ini kerajaan kelam kabut,” kata Mohamad dalam mesyuarat tersebut.

Bagaimanapun ia dibidas seorang ahli MT yang menjelaskan perkara itu bukan ketetapan dalam Perhimpunan Agung UMNO.

Sebelum ini, kesemua ahli MT sebulat suara hanya bersetuju untuk menarik soko­ngan daripada kerajaan PN dan menyerahkan mandat kepada Presiden serta MT untuk memutuskan bila tarikh sesuai.

Mengulas lanjut, sumber mendedahkan yang Mohamad berkata, strategi UMNO itu hanya akan berjaya jika ahli Parlimen mengambil pendirian UMNO sebagai keputusan untuk menolak Muhyiddin ketika sidang Dewan Rakyat nanti.

“UMNO perlu konsisten, perlu menjadi induk dalam kerajaan. Jadi terpulang kepada ahli Parlimen berbahas dalam Parlimen, supaya bila parti buat keputusan, perlu ada bersama. Kalau tidak ada, consequences is very bad (akibatnya sangat teruk). Fikir elok-elok,” jelas Mohamad.

Saya setuju tarik sokongan pada Muhyiddin tanpa tumbangkan kerajaan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Asyraf Wajdi yakin ahli Parlimen UMNO ikut keputusan MKT

 

Related Articles

One Comment

  1. Sesuatu langkah yang agak dangkal. Marahkan nyamuk, kelambu dibakar. Walaupun orang UMNO yang memegang kuasa, tindakan dan kerja masih tetap sama tak berubah sebab yang telah, sedang dan akan menguruskan serta diberi kepercayaan segalanya adalah orang UMNO sendiri. So apakah justifikasi yang menyatakan kerajaan gagal disebabkan oleh PM? Mesyuarat kabinet cuma melibatkan geng Bersatu sahaja ke? Kalau dikirakan semua negara di dunia adalah kerajaan gagal kerana telah mengambil langkah seperti Malaysia.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker