Masalah rumah tangga, murung punca guru wanita nekad terjun jambatan

Masalah rumah tangga, murung punca guru wanita nekad terjun jambatan

Kemurungan dan masalah rumah tangga dipercayai menjadi punca seorang wanita berpurdah nekad terjun dari Jambatan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu, Kelantan semalam.

Ketua Polis Kota Bharu, Mohd Rosdi Daud berkata, wanita tersebut yang merupakan seorang guru berusia 54 tahun sampai ke tempat kejadian dengan berjalan kaki dari arah Kota Bharu ke Tumpat.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.31 petang selepas wanita itu dilihat berada dalam keadaan mencurigakan semasa berada di atas jambatan tersebut.

“Saksi telah menahan mangsa yang dikatakan cuba membunuh diri dengan terjun dari jambatan itu. Saksi berkenaan membantu wanita terbabit sebelum dia dibawa ke Balai Polis Wakaf Bharu, Tumpat,” katanya menurut laporan Kosmo.

Ujarnya, selepas disiasat, wanita itu memberitahu sebab dia bertindak sedemikian adalah kerana masalah rumah tangga dan kemurungan.

Rosdi berkata, wanita terbabit telah dirujuk ke hospital dan tiada sebarang kecederaan dialaminya dalam kejadian tersebut.

Terdahulu, tular satu rakaman di media sosial memaparkan seorang wanita berpurdah yang cuba terjun dari jambatan, berjaya diselamatkan dan ditenangkan oleh orang awam.

Menurut saksi, wanita itu dipercayai cuba untuk memanjat tembok jambatan itu pada 1.40 tengah hari sebelum diselamatkan pengguna jalan raya. FMT

Masalah rumah tangga, murung punca guru wanita nekad terjun jambatan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ibu dan anak terbabas dalam lubang kabel bawah tanah di Jalan AU3 Setiawangasa [VIDEO]

Enam wanita gedik berjoget tiba-tiba ditelan bumi [VIDEO]

Pelakon ditipu artis veteran tuntut RM8.58 juta

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker