Tragedi tebang pokok, warga emas maut terkena parang

MELAKA TENGAH: Seorang warga emas maut dihempap dahan sebelum terjatuh dan terkena parang ketika sedang menebang sebatang pokok nangka di hadapan rumahnya, di Kampung Paya Rumput, di sini, pagi tadi.

Dalam tragedi kira-kira pukul 11 pagi itu, mangsa, Yap Ah Keo, 64, disahkan maut di lokasi kejadian selepas mengalami pendarahan teruk di bahagian rusuk kanannya.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, mangsa dikatakan sempat mencuci luka di paip air laman rumahnya sebelum rebah selepas berjalan lima langkah untuk masuk ke dalam rumah.



“Semasa menebang pokok, secara tiba-tiba dahan pokok tersebut menghempap mangsa menyebabkan mangsa yang berada di atas tangga jatuh di bawah pokok nangka tersebut.

“Mangsa kemudian bangun dan mendapati ada darah mengalir di rusuk sebelah kanan akibat terkena parang yang dibawa (untuk) menebang pokok dan mangsa terus kembali ke rumah memanggil isterinya sebelum bergerak ke paip air di hadapan rumah untuk mencuci luka.

“Mangsa kemudian cuba berjalan masuk ke dalam rumah dan dalam lima langkah, mangsa secara tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Mengulas lanjut, Christopher berkata, ketinggian pokok itu dianggarkan setinggi 2.1 meter manakala panjang parang digunakan kira-kira 18 sentimeter (cm).



Katanya, berdasarkan siasatan terhadap isteri mangsa yang berusia 66 tahun itu, parang berkenaan sememangnya alatan yang dibawa mangsa untuk menebang pokok berkenaan selain mangsa juga tidak mempunyai sejarah penyakit.

“Isteri mangsa maklumkan pada jam 11 pagi suaminya mengambil tangga dan memanjat tangga berkenaan untuk menebang dahan pokok yang tingginya lebih kurang tujuh kaki dari tanah.

“Mangsa menebang dahan pokok menggunakan pokok menggunakan parang yang dibawa bersamanya,” tambahnya.

Katanya, setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, namun, pihaknya telah mengeluarkan Pol 61 bagi mengetahui sebab-sebab kematian.



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ibu dan anak terbabas dalam lubang kabel bawah tanah di Jalan AU3 Setiawangasa [VIDEO]



Enam wanita gedik berjoget tiba-tiba ditelan bumi [VIDEO]

Pelakon ditipu artis veteran tuntut RM8.58 juta



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker