Ke pantai nak hilangkan tekanan selepas ibu meninggal akhirnya dia juga meninggal..

Remaja lelaki yang dilaporkan hilang di Pantai Teluk Senangin di sini sejak semalam, ditemui lemas pada jam 5.29 petang ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Penguasa Kanan Bomba I Sabarodzi Nor Ahmad, berkata mayat Muhammad Fahmi Hafizi Mohd Fadzli, 19, ditemui 50 meter dari lokasi mangsa disyaki jatuh.

“Bot bomba membuat beberapa pusingan dalam usaha membawa mayat mangsa naik.



“Pasukan penyelamat di air (PPDA) JBPM membuat selaman di lokasi mangsa dipercayai tenggelam sebelum mayatnya timbul 10 meter dari lokasi selaman,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat yang melibatkan kekuatan 49 anggota daripada pelbagai agensi serta komuniti nelayan itu ditamatkan jam 6 petang.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi semalam, Muhammad Fahmi Hafizi dikhuatiri lemas ditarik ombak selepas menyelamatkan seorang pengunjung lelaki.

Dalam perkembangan berkaitan, bapa mangsa, Mohd Fadzli Saad, 51, berkata anak keduanya itu beriya-iya mengajak keluarga bersama beberapa rakan ke pantai untuk berehat dan menghilangkan tekanan selepas kematian ibunya.



Katanya, Fahmi mandi tidak jauh dari gigi air bersama beliau dan abangnya, Muhammad Faqrul Haziq, 23, serta tiga rakan karib Fahmi iaitu Zahin Amsyar Zuraimi, 23; Muhd Afiq Ikhwan Mat Yusof, 23. dan Hazwan Affandy Hirman, 19.

“Tiba-tiba ombak kuat melanda secara mengejut dan menarik Fahmi dan Muhd Afiq ke tengah, manakala saya dan tiga lagi tertolak ke tepi pantai.

“Saya nampak tangan Fahmi terkapai-kapai sebelum dia tenggelam dalam sekelip mata,” kata bapa tiga anak itu ketika ditemui di Pantai Teluk Senangin, hari ini.

Beliau berkata, isterinya, Hasnah Hasan, 45, meninggal dunia akibat sakit jantung pada 22 Mac lalu



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Hot Seats Gegar Vaganza GV10 bukan 5 tapi 6, Liza Hanim, Zamani bersaing sengit



Musa Hassan kini suami Qistina

Kehadiran Andi hangatkan lagi hubungan dengan Puteri Sarah



Ramai nak ‘try’ Puteri Sarah – Yusof Haslam



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker