HKL sudah lakukan 21 pembedahan ganti sendi dengan bantuan robot
HKL sudah lakukan 21 pembedahan ganti sendi dengan bantuan robot
Hospital Kuala Lumpur (HKL) sudah melakukan 21 pembedahan penggantian sendi dengan bantuan robot sejak Julai lalu.
Ia menggunakan sistem termaju ‘Robotic Surgery Assisted’ (ROSA) dan pembedahan terbaharu dilakukan secara langsung dalam ‘Bengkel Pembedahan Robotik Pertukaran Sendi Pertama Hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)’ di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, hari ini.
Ketua Unit Penggantian Sendi HKL Dr G Kunalan berkata, teknologi ini membantu pakar bedah melakukan pembedahan penggantian sendi dengan lebih tepat dan selamat.
“Ketepatan pembedahan ini hampir 100 peratus sekali gus dapat mengurangkan kesakitan dialami pesakit, selain proses penyembuhan lebih cepat berbanding pembedahan konvensional.
“Pembedahan penggantian sendi ini dilakukan kepada pesakit osteoarthritis iaitu sejenis sakit sendi yang kerap dialami warga emas kerana faktor usia hingga menjejaskan rutin harian mereka,” katanya.
Kata beliau, pertukaran sendi adalah pilihan rawatan terbaik untuk pesakit osteoarthritis yang mana 80 peratus pesakit menjalani rawatan ini dapat kembali kepada rutin asal.
Dr G Kunalan berkata, buat masa ini, teknologi berkenaan ‘dipinjamkan’ untuk setahun kepada HKL.
Ia digunakan untuk pembedahan penggantian sendi lutut yang kompleks.
Sementara itu, Ketua Subkepakaran Artroplasti Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Dr Mohd Yusuf Ibrahim berkata, Malaysia masih ketinggalan dalam penggunaan teknologi robotik membabitkan pembedahan artroplasti berbanding negara jiran yang jauh lebih ke hadapan.
“Malah, beberapa hospital swasta di negara ini juga sudah lebih awal menggunakan teknologi yang sama dalam pembedahan artroplasti.
“Diharapkan KKM dapat menyediakan peruntukan supaya hospital awam di Malaysia dilengkapi teknologi berkenaan,” katanya.
Dr Mohd Yusuf berkata, buat masa ini, hanya ada empat pusat latihan angioplasti di negara ini iaitu HKL, Hospital Sultanah Bahiyah di Kedah, HRPZ II di Kelantan dan Hospital Umum Sarawak yang mengendalikan pembedahan sendi lutut kompleks menggunakan bantuan robot. HM
HKL sudah lakukan 21 pembedahan ganti sendi dengan bantuan robot
Baca Artikel Menarik:
- Pemandu menang saman kes jalan berlubang seru pengguna pertahan hak
- Penampilan seksi Dolla, tunggu penjelasan pihak Universal
- Pas ramai jurucakap tanpa tauliah – Nasrudin
- PH malam jadi manusia, siang jadi ular
- PAS sasar 30 kerusi, termasuk 5 tembung Bersatu – Sumber
- Elok bubar MPN, ditubuhkan pun sebab jaga air muka Muhyiddin saja
- Mahathir tak pernah insaf – Anwar
- Pensyarah lucah tawar RM20,000 tutup kes
- Saya mangsa keadaan – Noraniza Idris
- Pelajar cemerlang PNGK 3.95 musykil gagal UPU
- MB Kedah perangai jangan macam budak- budak
- Mahkamah dimaklumkan Kerabat Arab Saudi beri Najib AS$100 juta
- Rafizi ancam penjarakan pihak laksana PRU masa banjir
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ibu dan anak terbabas dalam lubang kabel bawah tanah di Jalan AU3 Setiawangasa [VIDEO]
Enam wanita gedik berjoget tiba-tiba ditelan bumi [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.