‘Main belakang’ – Keputusan rayuan KJ terhadap saman fitnah Anwar pada 7 Feb

‘Main belakang’ – Keputusan rayuan KJ terhadap saman fitnah Anwar pada 7 Feb

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin akan mengetahui pada 7 Feb sama ada dia berjaya dalam rayuannya terhadap saman fitnah yang difailkan oleh ketua pembangkang Anwar Ibrahim berhubung kenyataan “main belakang” yang dibuatnya pada 2008.

Mahkamah Rayuan menetapkan tarikh keputusan itu setelah mendengar hujah daripada peguam kedua-dua pihak semasa prosiding dalam talian yang dijalankan melalui zoom hari ini.

Panel tiga hakim dipengerusikan oleh Lee Swee Seng mendengar hujah daripada Muhammad Shafee Abdullah dan Gopal Sri Ram, yang masing-masing adalah peguam utama Khairy dan Anwar.

Panel mahkamah Rayuan yang lain ialah hakim Darryl Goon Siew Chye dan hakim Ghazali Cha.

Mahkamah Rayuan sebelum ini mendengar merit rayuan Khairy berhubung perintah yang mengarahnya untuk membayar ganti rugi RM150,000 kepada Anwar.

Pada 29 September 2017, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan yang Khairy telah memfitnah Anwar dengan kenyataan itu yang dibuat pada ceramah di Lembah Pantai, Kuala Lumpur, pada awal 2008, sejurus sebelum pilihan raya umum ke.

Sebelum itu, Mahkamah Tinggi juga menolak permohonan Khairy untuk mengubah pernyataan pembelaannya. mk

‘Main belakang’ – Keputusan rayuan KJ terhadap saman fitnah Anwar pada 7 Feb


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Doktor beri amaran trend ‘ayam mengantuk’

Tukang Masak Dedah ‘Rahsia Besar’ Cara Masak Nasi Putih Sedap, Bukan Masak Begitu Saja

Ismail Sabri tidak guna kroni masuk UM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker