Tuan Ibrahim sanggah Muhyiddin, PAS tidak boleh dipaksa memilih

Pas seharusnya tidak boleh dipaksa untuk memilih sama ada UMNO mahupun Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam kerjasama politik bagi mendepani Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Sebaliknya tegas Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, UMNO dan Bersatu perlu bermuafakat duduk semeja untuk mencapai kestabilan politik.

“Saya fikir tidak boleh bagi ultimate (kata dua) terhadap Pas, tapi kena tengok masa depan,” katanya ketika sidang akhbar di kementeriannya di sini pada Khamis.

Menurutnya, perbincangan antara UMNO dan Bersatu perlu dilakukan ke arah politik lebih baik.

“Pas bersedia bersama-sama untuk memperteguhkan penyatuan ummah dengan parti-parti utama dalam Malaysia,” katanya.

Mengulas mengenai kenyataan Bersatu yang menyifatkan UMNO musuh parti itu, beliau berkata:

“Saya fikir reaksi Bersatu itu kena tengok reaksi UMNO. Kalau satu pihak tepuk tangan ia tidak akan berbunyi,” katanya.

Tuan Ibrahim berkata, adalah suatu yang tidak mustahil sekiranya UMNO dan Bersatu menjalinkan kerjasama politik.

“Ini kerana di dalam Bersatu sebahagian besar pemimpinnya berasal UMNO.

“Kalau kira sejarah politik, Pas lebih lama berlawan dengan UMNO dibandingkan dengan Bersatu. Saya fikir ada ruang untuk duduk berbincang,” katanya.

Dakwaan Pas memilih jalan selamat untuk bermain dalam dua ‘kolam’, Tuan Ibrahim berkata, soal itu tidak timbul kerana peranan yang paling penting adalah kestabilan politik.

“Kita berusaha untuk penyatuan,” katanya.

Selasa lalu, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan Pas dijangka akan memuktamadkan hala tuju sama ada dengan UMNO atau PN dalam masa terdekat.

Sementara itu, Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin berkata, parti itu akan membuat pilihan minggu hadapan selepas Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang telahpun mengadakan pertemuan dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Muhyiddin.

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ibu dan anak terbabas dalam lubang kabel bawah tanah di Jalan AU3 Setiawangasa [VIDEO]

Enam wanita gedik berjoget tiba-tiba ditelan bumi [VIDEO]

Pelakon ditipu artis veteran tuntut RM8.58 juta

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker