Pelitup muka tidak wajib dipakai di masjid, surau – JAWI

Pelitup muka tidak wajib dipakai di masjid, surau – JAWI

PEMAKAIAN pelitup muka di dalam masjid dan surau seluruh Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan kini tidak lagi diwajibkan.

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Mohd. Ajib Ismail berkata, ketetapan terbaharu itu berkuat kuasa esok, 30 September 2022.

Menurut beliau, ketetapan itu setelah mendapat titah perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Mohd. Ajib berkata, ia juga selaras dengan ketetapan terkini kerajaan berkaitan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) pencegahan COVID-19.

“Walau bagaimanapun, pemakaian pelitup muka di dalam masjid dan surau masih digalakkan.

“Individu bergejala seperti demam, batuk dan selesema serta mereka yang berisiko tinggi seperti warga tua serta kanak-kanak amat digalakkan memakai pelitup muka.

“Marilah kita berusaha untuk mengimarahkan masjid dan surau pada setiap masa bersama-sama ahli keluarga serta jiran tetangga agar kesejahteraan masyarakat dan negara dapat dibina,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Pakai pelitup muka dalam kapal terbang tidak diwajibkan – KJ

Pada 7 September lalu, Khairy mengumumkan pemakaian pelitup muka di kawasan tertutup atau dalam bangunan tidak lagi diwajibkan dan atas pilihan masing-masing.

Bagaimanapun, beliau berkata, pemakaian pelitup muka masih diwajibkan bagi beberapa situasi termasuk kes positif COVID-19 yang perlu ke CAC untuk menjalani penilaian kesihatan.

Selain itu, orang ramai yang menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas, kereta api, teksi termasuk perkhidmatan e-hailing, kapal terbang serta bas, van pekerja dan van sekolah.

Pemakaian pelitup muka juga diwajibkan ketika berada di fasiliti kesihatan seperti hospital, klinik, rumah penjagaan, pusat hemodialisis dan yang setara dengannya. Utv

Pelitup muka tidak wajib dipakai di masjid, surau – JAWI


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ibu dan anak terbabas dalam lubang kabel bawah tanah di Jalan AU3 Setiawangasa [VIDEO]

Enam wanita gedik berjoget tiba-tiba ditelan bumi [VIDEO]

Pelakon ditipu artis veteran tuntut RM8.58 juta

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker