MIC, Umno akan selesaikan pembahagian kerusi dengan berhemah

MIC, Umno akan selesaikan pembahagian kerusi dengan berhemah

MIC akan menyelesaikan isu pembahagian kerusinya dengan Umno dengan cara yang baik oleh pemimpin masing-masing, kata M Saravanan.

Timbalan Presiden MIC itu menjelaskan dia tidak dapat memberikan butiran lanjut mengenai perkara tersebut, khususnya melibatkan rundingan yang sedang berjalan.

Hal itu, katanya, termasuk mengenai status kerusi parlimen Cameron Highlands yang secara tradisinya diperuntukkan kepada MIC.



“Persoalan itu kena tanya Presiden MIC (S Vigneswaran). Ia berada di luar bidang kuasa (untuk diulas),” katanya.

Lazimnya BN memberikan kerusi parlimen Cameron Highlands kepada MIC untuk mewakili parti itu dalam mana-mana pilihan raya, namun keadaan berubah apabila pilihan raya kecil (PRN) diadakan di situ pada 2019.

BN menjadi pembangkang ketika itu. Sebagai salah satu cara memastikan kerusi berkenaan tidak jatuh ke Pakatan Harapan (PH) yang menjadi kerajaan semasa, BN bersetuju menyerahkan kerusi Cameron Highlands kepada calon Umno.

BN kemudian meletakkan bekas pegawai kanan Polis Diraja Malaysia, Ramli Mohd Nor, sebagai calon. Dia merupakan tokoh Orang Asli dari suku Semai.



Memang cara BN

PRN Cameron Highlands diadakan selepas mahkamah membatalkan kemenangan calon MIC-BN, C Sivarraajh, atas kesalahan membeli undi.

Dalam PRN tersebut Ramli mengekalkan kerusi itu dalam tangan BN malah dia mendapat majoriti lebih besar berbanding calon MIC dalam dua PRU sebelumnya.

Semalam, Malaysiakini – yang memetik orang dalam BN – melaporkan Umno keberatan menyerahkan kembali Cameron Highlands kepada MIC, sebaliknya menawarkan kerusi Nibong Tebal di Pulau Pinang sebagai ganti.



Mengulas mengenai hal itu, sumber dalaman MIC berkata partinya tidak berminat untuk menerima tawaran berkenaan kerana BN gagal memenangi kerusi berkenaan sejak 2008.

Saravanan berkata keputusan muktamad mengenai pembahagian kerusi di antara MIC dan Umno akan ditentukan pemimpin tertinggi kedua-dua parti.

“Di peringkat BN keputusan akan dibuat oleh pucuk pimpinan, melibatkan presiden MIC (Vigneswaran) dan Pengerusi BN (Ahmad Zahid Hamidi).

“Isu kerusi ini akan diselesaikan secara berhemah. Itulah cara BN,” katanya lagi.

Menteri Sumber Manusia itu ditemui media selepas sesi bertemu pelanggan di Ibu Pejabat MIC di Kuala Lumpur hari ini.

Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan hari ini menggesa Ahmad Zahid mengekalkan Ramli di Cameron Highlands.

Mereka juga berkata, MIC wajar memberi laluan kepada Ramli selaku wakil Orang Asli pertama dan satu-satunya wakil mereka di parlimen sekarang.

“Kami rasa ini adalah peluang terbaik untuk Ramli mengekalkan kerusi itu walaupun ia sebelum ini milik MIC,” katanya.

Menurut kumpulan itu, Ramli menunjukkan komitmen yang tinggi bukan saja kepada pengundinya tetapi juga masyarakat Orang Asli secara keseluruhan.

Pada masa sama, kumpulan itu berkata, jika rundingan dengan MIC gagal, Ahmad Zahid wajar melihat kemungkinan meletakkan Ramli di di Gua Musang, Kelantan, bagi menggantikan penyandang kerusi itu sejak lima penggal lalu, Tengku Razaleigh Hamzah. Mk

MIC, Umno akan selesaikan pembahagian kerusi dengan berhemah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ibu dan anak terbabas dalam lubang kabel bawah tanah di Jalan AU3 Setiawangasa [VIDEO]

Enam wanita gedik berjoget tiba-tiba ditelan bumi [VIDEO]

Pelakon ditipu artis veteran tuntut RM8.58 juta

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker