SPRM rakam keterangan Ismail hari ini, menurut sumber

SPRM rakam keterangan Ismail hari ini, menurut sumber

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan merakam keterangan bekas perdana menteri, Ismail Sabri Yaakob, hari ini berkaitan siasatan RM700 juta didakwa digunakan bagi mempromosi pencapaian kerajaan.

Menurut sumber, keterangan daripada Ismail tidak akan dibuat di Ibu Pejabat SPRM, di Putrajaya.

“Mereka (pegawai SPRM) akan merakam keterangannya di lokasi lain,” kata sumber berkenaan yang enggan dinamakan.

Pada Isnin, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki, berkata bekas perdana menteri dan pembantu yang berkhidmat dengannya akan dipanggil untuk disoal siasat berkaitan dana tersebut.

SPRM melakukan siasatan pada minggu lalu berhubung RM700 juta didakwa digunakan bagi tujuan mempromosi dan publisiti pencapaian kerajaan ketika dua era pentadbiran, bermula 2020 dan 2022.

SPRM mahu mengenal pasti bagaimana wang itu dibelanja, selain telah memanggil syarikat yang dikatakan menerima dana daripada kerajaan. FMT

SPRM rakam keterangan Ismail hari ini, menurut sumber

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rosyam saran buka rumah pelacuran untuk warga asing

Nabila Huda mengamuk, mahu dedah semua kejahatan

Saiful Apek beri nasihat makan dalam semasa ziarah jenazah arwah Hamdan (Video)

Shuib selamatkan Ajak terkandas di pulau dengan helikopter

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker