Mahkamah dikejutkan lelaki datang bicara dalam keadaan bogel

 

Colomar akhirnya dibenarkan memasuki mahkamah selepas dia memakai pakaian lengkap. – El Diario

VALENCIA, SEPANYOL – Seorang lelaki dilarang memasuki kamar sebuah  mahkamah di Valencia, Sepanyol untuk menghadiri perbicaraan kerana dia hadir berbogel, lapor portal berita MailOnline semalam.

Alejandro Colomar, 29, dipintas oleh anggota polis di luar mahkamah semalam, kerana hanya memakai stoking serta sepasang kasut but selain sebuah beg galas.

“Saya memang ingin masuk ke mahkamah dalam keadaan berbogel,” katanya kepada pemberita seperti dipetik akhbar El Diario.



Lelaki  yang bekerja untuk sebuah syarikat perisian berpangkalan di Amerika Syarikat itu dilaporkan berulang kali  didenda kerana enggan memakai pakaian di tempat awam.

“Saya memang begini. Saya gemar berbogel ketika pergi ke pantai sejak kecil dan tidak mempunyai masalah untuk berbogel,” kata Colomar.

Tambahnya, dia juga telah membuat beberapa pencarian internet dan mendapati bahawa tiada masalah sekiranya seseorang itu mahu berbogel di tempat awam.

“Ia dibenarkan di sisi undang-undang, jadi saya pun mula berbogel. Mereka (pihak berkuasa) mendenda saya kerana polis tidak tahu undang-undang itu,” ujarnya.



Colomar didenda hampir AS$2,900 (RM13,393) kerana melanggar artikel 37 undang-undang maksiat yang mengharamkan aktiviti bogel melampau, kata peguamnya, Pablo Mora.

Lelaki itu akhirnya dibenarkan memasuki mahkamah selepas dia memakai pakaian lengkap. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Dolla Dikritik Seksi, Penyanyi Korea Lebih Sopan Pakai Jaket Labuh (Video)



Pasangan disambar petir ketika beromen di dalam khemah

Menteri Bersatu sendiri tidak mahu bawa cadangan Muhyiddin dalam Kabinet



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker