Pegawai KDN dituduh terima suapan motor, wang tunai

Pegawai KDN dituduh terima suapan motor, wang tunai

Pegawai Kementerian Dalam Negeri (KDN) dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menerima suapan lebih RM100,000 daripada seorang kontraktor bagi mendapatkan projek Maktab Polis Kuala Kubu, Selangor.

Tertuduh, Muhammad Syamsi Irwan Hawalit, 47, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam.

Dia dituduh atas empat pertuduhan menerima suapan bagi membantu sebuah syarikat kontraktor mendapatkan projek berkenaan.

Muhammad Syamsi Irwan Hawalit, 47, didakwa menerima suapan wang tunai berjumlah RM80,000 dan sebuah Motosikal Yamaha XMAX bernilai RM22,200 daripada seorang kontraktor sebagai balasan mendapatkan kontrak perolehan perkhidmatan pembersihan di Maktab Polis Kuala Kubu Selangor.

Suapan itu adalah sebagai balasan mendapatkan kontrak perolehan perkhidmatan memotong rumput, mencuci pejabat, bilik kuliah dan parit bernilai berjumlah RM 1,589,626.80 yang dianugerahkan kepada syarikat milik kontraktor itu di Serdang dan Kajang, Selangor antara Jun 2017 dan 18 Mac 2019.

Ketika kejadian, tertuduh adalah penolong setiausaha di Bahagian Perolehan KDN dengan Gred M44.

Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Hakim Ruzilah Salleh membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM60,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua empat pertuduhan.

Mahkamah turut mengarahkan tertuduh untuk melapor diri pada setiap bulan di pejabat SPRM Selangor dan menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Mahkamah menetapkan 28 Oktober sebagai tarikh pengurusan kes.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Noralis Mat manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Nor Hafidzuddin. FMT

Pegawai KDN dituduh terima suapan motor, wang tunai


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Calon PRU15: Hamid Bador, Musa Hassan, dan bekas Peguam negara antara yang disebut

Dijadikan Pelacur, Dipaksa Makan Lauk Daging Babi

Rajin jemput anak pulang sekolah kerana nak tengok cikgu kacak [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker