Tentera Zionis alami kekalahan paling teruk sejak Oktober

Tentera Zionis alami kekalahan paling teruk sejak Oktober

Israel mengumumkan kekalahan pertempuran paling teruknya selama lebih sebulan hari ini selepas serangan di Bandar Gaza, dan berdepan pengasingan diplomatik yang semakin meningkat apabila kematian orang awam meningkat serta bencana kemanusiaan bertambah buruk.

Pertempuran sengit sedang berlaku di utara dan selatan Gaza, sehari selepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menuntut gencatan senjata kemanusiaan segera.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, berkata pengeboman ‘secara sembarangan’ Israel terhadap orang awam menjejaskan sokongan antarabangsa.

Pesawat perang sekali lagi mengebom Gaza dan pegawai bantuan berkata, kedatangan hujan musim sejuk memburukkan lagi keadaan bagi ratusan ribu orang yang tinggal di khemah sementara.

Kementerian Kesihatan Gaza berkata, sekurang-kurangnya 18,608 orang terbunuh dan 50,594 lagi cedera dalam serangan Israel ke atas Gaza sejak 7 Oktober. Sebahagian besar 2.3 juta penduduk Gaza juga kehilangan tempat tinggal.

Tentera Israel berkata, 115 askarnya terbunuh setakat ini dalam perang di Semenanjung Gaza, termasuk 10 hari sebelumnya iaitu angka yang besar dalam satu pertempuran. Sepuluh kematian direkodkan pada Selasa.

Menurut senarai rasmi tentera yang terkorban, sembilan daripadanya terbunuh pada Selasa membabitkan unit yang menurut jurucakap tentera terbabit dalam pertempuran sengit di Shejaiya. Dua daripada mereka yang terbunuh dalam pertempuran itu adalah pegawai kanan.

“Petang semalam sepasukan pejuang Golani (briged) memasuki sebuah bangunan, di mana mereka diserang dengan tembakan yang kuat dan bertempur dengan pejuang Hamas,” kata jurucakap Daniel Hagari.

“Lebih banyak pasukan briged, dibantu oleh unit penyelamat 669 tentera udara menyerbu bangunan itu untuk menyelamatkan mereka,” kata jurucakap Daniel Hagari.

Seorang lagi pegawai tentera berkata, bahawa Shejaiya, sebuah daerah di Bandar Gaza, adalah kubu kuat Hamas dan rumah kepada kompleks bangunan saling berkait yang mengandungi simpanan senjata. BH

Tentera Zionis alami kekalahan paling teruk sejak Oktober

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Senarai penuh kabinet baru 2023

Artis seksi akhiri zaman janda, bakal nikah kerabat Raja

Zara sindir genosid di Palestin?

Mayat bogel ditemui dengan banyak kesan lebam

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker