Mahathir dan Anwar penjahanam
Mahathir dan Anwar penjahanam – Puad
Pakatan Harapan (PH) telah berbuat sesuka hati semasa 22 bulan memerintah termasuk campur tangan dalam sistem keadilan negara.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) ketika era PH telah menekan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohamed Raus Sharif dan bekas Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zulkifeli Ahmad Makinuddin supaya meletak jawatan.
“Tidakkah itu campur tangan politik? Bahkan Peguam Negara ketika itu, Tan Sri Mohamed Apandi Ali turut dipaksa bercuti. Peguam Cara Negara memangku jawatan tersebut.
“Ketika itulah Malaysia hilang kedaulatan Pulau Batu Putih selama-lamanya. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga dapat boss yang betul-betul orang politik iaitu Latheefa Koya (PKR),” katanya dalam hantaran Facebook miliknya, hari ini.
Menurut beliau, paling menyedihkan adalah cara Mohamed Raus serta Zulkefli diminta meletak jawatan dan mereka kemudian berbuat demikian pada 7 Jun 2018.
Mohd. Puad memberitahu, perkara itu telah dikritik oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad.
“Tun Hamid membidas tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Pengerusi CEP, Tun Daim Zainuddin yang memanggil Tun Raus mengadap. Sepatutnya Tun Raus tidak datang. Mesti ada pemisahan antara eksekutif dan kehakiman.
“Ketua Hakim Negara bukan lantikan politik. Dia tidak perlu letak jawatan jika kerajaan yang melantiknya kalah dalam pilihan raya umum. Tetapi Tun Raus disuruh letak jawatan lima hari selepas BN kalah.
“Ini diakui oleh Tun Mahathir di Jepun pada 13 Jun 2018. Katanya, CEP minta Tun Raus dan Tan Sri Zulkefli letak jawatan. Jika tidak, kerajaan mungkin akan lucutkan jawatan mereka,” jelasnya.
Beliau menambah, bagi Abdul Hamid, peristiwa itu memihak kepada Dr. Mahathir kerana kerajaan PH tidak perlu membuang Raus melalui tribunal seperti yang dilakukannya terhadap Allahyarham Tun Salleh Mohamed Abas dan ia akan mencalar imej PH.
“Justeru, bila Anwar kata Tun Mahathir tidak layak cakap pasal reformasi sebenarnya semua tidak layak. Ini termasuk Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli. Mereka adalah penjahanam,” katanya.
Mahathir dan Anwar penjahanam
Baca Artikel Menarik:
- PAS dan Muhyiddin makin bercanggah
- Gegar Vaganza hambar tanpa Nabil
- Cukuplah Mahathir, negara tidak ketandusan pemimpin – Jeniri
- Plot tarikh Pilihan Raya Umum ke-15
- Rakyat sudah lama tahu Bersatu musuhi BN – Zahid
- Pertikai Najib, PH lupakah layanan diterima Anwar – Hadi
- Datin kena bunuh seorang pemurah, suka bantu orang
- Menteri BN dalam kerajaan dikelilingi musuh dalam selimut – Zahid
- Misteri Diego Garcia
- PAS diingatkan tentang musuh dalam selimut
- Zamsaham saman Kafa
- Kerjasama PN seperti retak menanti belah
- Mahathir pasti geram Zahid bebas tuduhan rasuah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.