Ingatkan Kangkong, Rupanya Ganja

Wanita Ini Salah Makan Sayur Ketika Bercuti Di Thailand

Ingatkan Kangkong, Rupanya Ganja

Niat seorang wanita mahu mencuba satu kelainan semasa bercuti di Thailand akhirnya membawa trauma kepada beliau. Tambah-tambah bila dia tahu, apa yang dimakan oleh beliau, bukanlah apa yang beliau sangkakan.

Menurut Straits Times, seorang wanita Singapura telah bercuti ke Thailand bersama-sama dengan suami, ibu mertua dan dua anaknya. Di salah sebuah restoran, beliau telah mencuba hidangan sup Thai yang unik dan lain daripada yang lain.

Selepas menikmati sup sayur tersebut, wanita itu mula berasa loya dan mengantuk sehingga buatkan dia tertidur. Dengan rasa tidak puas hati, keesokan harinya, beliau kembali ke restoran tersebut untuk bertanya perihal makanan yang beliau makan semalam, wanita itu terkejut apabila beliau baru sedar bahawa daun yang dimakan olehnya itu sebenarnya bukan kangkong tetapi adalah daun ganja.

Untuk rekod, banyak restoran dan perniagaan berasaskan makanan di Thailand sudah mula memasukkan ganja ke dalam makanan dan produk selepas ia disahkan pada bulan Jun.

Menurut Biro Narkotik Pusat Singapura (CNB), bagi sesiapa yang tidak mengetahui atau mengambil dadah secara tidak sengaja bukanlah satu kesalahan. Bagaimanapun, CNB telah menasihatkan pelancong supaya berhati-hati dengan apa yang mereka makan di negara yang menghalalkan penggunaan dadah rekreasi. Vc

Ingatkan Kangkong, Rupanya Ganja


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Calon PRU15: Hamid Bador, Musa Hassan, dan bekas Peguam negara antara yang disebut

Dijadikan Pelacur, Dipaksa Makan Lauk Daging Babi

Rajin jemput anak pulang sekolah kerana nak tengok cikgu kacak [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker