PAS diingatkan tentang musuh dalam selimut
PAS diingatkan tentang musuh dalam selimut
Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan PAS mengenai “musuh dalam selimut” selepas Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin mengisiytiharkan musuh utama mereka adalah BN.
Susulan kenyataan Muhyiddin itu, timbul percanggahan antara Bersatu dan PAS memandangkan PAS sebelum ini menegaskan bahawa musuh utama mereka adalah Pakatan Harapan (PH) dan bukan BN.
Dalam kenyataan di Facebook, Zahid yang juga presiden Umno menggambarkan Muhyiddin mungkin mahu PN dan PH bekerjasama.
“Sebab itu kita tidak berasa pelik bukan PH diumumkan musuh utama PN walaupun Mahiaddin pernah menyebut PH tidak selari dengan perjuangan orang Melayu, Islam serta rakyat Malaysia.
“Mungkin beliau masih berharap membawa PN bekerjasama dengan PH yang tidak selari dengan perjuangan Melayu, Islam serta rakyat Malaysia.
“Barangkali juga satu-satunya pihak yang sedang keliru dan celaru dengan pengumuman Mahiaddin tersebut adalah pimpinan tertinggi PAS,” katanya.
Muhyiddin semalam mendakwa “semua parti komponen PN” sepakat menganggap BN musuh utama mereka pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Hanya lima hari sebelum itu, Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata “musuh sebenar” parti mereka itu ialah PH dan bukannya BN.
PAS dilihat masih cuba menjalin kerjasama dengan Umno selepas timbul spekulasi terdapat usaha menghidupkan semula Muafakat Nasional (MN).
Muhyiddin sebelum ini berkata dia akan berjumpa dengan Presiden PAS Abdul Hadi Awang untuk mendapatkan penjelasan mengenai perkara itu.
Sementara itu, Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan berkata perbezaan pendapat ini akan menjadikan drama politik menarik pada hari-hari mendatang.
“Pemimpin tertinggi parti nampaknya tidak sehaluan, dan kita akan tunggu dan ikuti perkembangan politik dalam beberapa hari akan datang,” katanya. Mk
PAS diingatkan tentang musuh dalam selimut
Baca Artikel Menarik:
- Bob Lokman meninggal dunia
- 3 saksi utama pendakwaan kes Zahid tak boleh dipercayai: Hakim
- Mahkamah turut membebaskan Azeez Rahim
- Tuduhan Tommy “kerajaan Melayu gagal” taktik lama Kit Siang
- Jho Low bebas di Macau, lagi foto terbaru didedahkan
- Hakim ada asas, PAS minta semua pihak terima keputusan Zahid bebas
- Keadilan akhirnya ditegakkan, Mahkamah bebaskan Zahid dari 40 pertuduhan
- Siapa Dibelakang Merdeka Center?
- Lelaki gila pornografi kanak-kanak adalah bakal doktor
- Takut banjir atau beli masa – Zahid sindir pembangkang
- Percakaran TMJ, Sanusi kian panas
- ‘Pergi’ selepas 13 hari peluk Islam
- Nak tunai haji, ukur kemampuan dan kenaikan kos – Idris
- Dua beranak berjalan hampir 5km untuk pinjam duit (Video)
- Anwar salahkan Mahathir atas prestasi buruk Pakatan Harapan selama 22 bulan
- Najib ‘didera’, mana budaya memaafkan Melayu Islam, tanya Ti
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Longgok rumput depan rumah jiran, dua lelaki bergaduh sehingga berdarah [VIDEO]
Tunggu Kat Akhirat Fun Ke Tak – Izara Aishah
You must be logged in to post a comment.