Tikam isteri enggan ‘bersama’

Tikam isteri enggan ‘bersama’

Berang hasrat untuk ‘bersama’ sering ditolak menyebabkan seorang lelaki di Lampung, Indonesia menikam isterinya.

Bukan sekali tetapi tujuh tikaman pisau ‘dibenamkan’ pada tubuh isterinya itu bagi membalas dendam.



Ketua Polis Daerah Gedong Tataan, Pesuruhjaya Polis Hapran berkata, kejadian itu berlaku di Desa Karang Rejo, Jumaat lalu.

“Suspek adalah suami kepada mangsa dan lelaki itu berjaya ditahan sejam selepas kejadian,” katanya seperti dilapor Kompas.com.

Menurut Hapran, suspek berusia 47 tahun manakala mangsa berusia 45 tahun.

Berdasarkan keterangan mangsa, hubungan pasangan itu sememangnya sudah bermasalah sejak beberapa tahun lalu.



“Punca kejadian berlaku ekoran dendam suspek terhadap isterinya dan kemuncak apabila permintaan lelaki itu untuk ‘bersama’ ditolak mangsa,” kata Hapran.

Suspek hilang pertimbangan lalu mengambil pisau dan menusuk tujuh kali pada tangan kiri, pinggang dan belakang leher mangsa.

Mangsa kemudian menjerit meminta tolong dan jeritan itu didengari jiran.

Jiran mangsa kemudian bergegas ke rumah dan melihat mangsa berlumuran darah manakala suspek sedang memegang pisau.



Suspek kemudian dikepung jiran dan berjaya menahan lelaki itu sebelum diserah kepada polis manakala mangsa dikejarkan ke hospital.

Lelaki itu kini ditahan polis untuk siasatan lanjut manakala wanita terbabit masih menerima rawatan lanjut. HM

Tikam isteri enggan ‘bersama’


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Longgok rumput depan rumah jiran, dua lelaki bergaduh sehingga berdarah [VIDEO]

Tunggu Kat Akhirat Fun Ke Tak – Izara Aishah



Gol berkelas dunia Luqman [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker