Laporan buku Tommy Thomas: AGC sembunyi apa, soal Puad

Laporan buku Tommy Thomas: AGC sembunyi apa, soal Puad

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Puad Zarkashi hairan dengan tindakan Jabatan Peguam Negara (AGC) yang didakwanya mengesyorkan supaya laporan akhir pasukan petugas khas yang menyiasat dakwaan bekas peguam negara, Tommy Thomas tidak didedah kepada umum.

“Bocor lagi dokumen kerajaan. Kali ini AGC mengesyorkan laporan pasukan petugas khas terhadap buku Tommy Thomas tidak didedahkan kepada umum.



“Apa yang mahu disembunyikan oleh AGC. Buku Tommy Thomas adalah bukti dan pengakuan nyata berlaku campur tangan pelantikan ketua hakim termasuk peguam negara,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Menurutnya, AGC sebelum ini juga didakwa membuat keputusan pelik membabitkan beberapa isu antaranya berkaitan kertas siasatan membabitkan Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Ghazali yang bocor dan menjadi tular.

Nazlan adalah hakim yang mensabitkan serta menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap bekas perdana menteri Najib Razak bagi kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Bhd.

“Apa jadi kes Zeti kerana suaminya menerima hampir RM700 Juta dari Jho Low? Pelik betul melihat tingkah laku AGC,” katanya.



Terdahulu, FMT melaporkan laporan akhir pasukan petugas khas yang menyiasat dakwaan Tommy akan dibentangkan kepada Kabinet, Jumaat ini, yang disahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Mengulas laporan yang mendakwa Pejabat Peguam Negara mengesyorkan laporan terbabit tidak didedahkan kepada umum, Wan Junaidi berkata, perkara itu hanya ditentukan Kabinet.

“Kalau tidak salah, ia akan dibentangkan pada 30 Sept. Terpulang kepada Kabinet sama ada ia perlu didedah kepada umum atau tidak,” katanya. FMT

Laporan buku Tommy Thomas: AGC sembunyi apa, soal Puad




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Longgok rumput depan rumah jiran, dua lelaki bergaduh sehingga berdarah [VIDEO]



Tunggu Kat Akhirat Fun Ke Tak – Izara Aishah

Gol berkelas dunia Luqman [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker