Mursyidul Am PAS tegur Muhyiddin, UMNO BN bukan musuh

ARAU: Pas mengingatkan Presi­den Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya lebih cermat mengeluarkan kenyataan me­ngenai Barisan Nasional (BN) yang dikaitkan oleh Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu sebagai musuh utama yang perlu dilawan dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Kenyataan Muhyiddin itu se­kali gus bertentangan dengan kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan sebelum ini yang menyatakan BN bukan musuh utama PN sebaliknya musuh mereka adalah Pakatan Harapan (PH) dan sekutu-sekutunya.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin berkata, Muhyiddin dinasihat memikirkan matlamat gabungan tersebut iaitu penyatuan ummah dan mengelak mengeluarkan kenyataan yang boleh membantutkan usaha ke arah penyatuan itu.

Menurutnya, Pas kekal de­ngan pendirian bahawa musuh utama mereka untuk dilawan dalam PRU15 adalah PH, bukannya BN atau UMNO.

Beliau menegaskan supaya serangan yang boleh menyebabkan perpecahan ketika usaha parti itu mempertahankan agenda penyatuan ummah perlu dihentikan.

“Saya lihat (Muhyiddin) kena cermat dan jangan kasar dalam mengeluarkan kenyataan. Kita kena fikir matlamat penyatuan ummah yang diperjuangkan selama ini.

“Saya lihat UMNO dan Bersatu ini sudah berpatah arang namun kita akan terus berusaha menyatupadukan kedua-kedua parti itu demi penyatuan ummah,” kata Hashim.

GABUNGAN

Kelmarin, ketika berucap pada majlis sambutan ulang tahun keenam Bersatu di Putrajaya, Muhyiddin mengingatkan ahli partinya bahawa BN adalah musuh utama gabungan tersebut yang perlu dilawan pada PRU15.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, parti komponen dalam PN perlu bergerak sebagai sebuah pasukan dan memiliki hala tuju yang sama, bukan mengeluarkan kenyataan atau pendirian bertentangan.

Baru-baru ini, Utusan Malaysia melaporkan mengenai pertemuan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Perkembangan tersebut sekali gus menguatkan cakap-cakap Muafakat Nasional (MN) dihidupkan kembali bagi mengelakkan pertembungan pada PRU15.

Susulan pertemuan, Muhyid­din turut memaklumkan beliau juga akan mengadakan perte­muan dengan Abdul Hadi hari ini atau esok bagi mendapat pencerahan berhubung pendirian Pas terhadap BN.
Mengulas lanjut, Hashim berkata, Bersatu dan UMNO perlu melupakan perselisihan demi matlamat penyatuan ummah.

“Anggap apa yang berlaku itu sebagai ujian dan kita berusaha menyelamatkan hubungan ini demi matlamat yang lebih besar,” katanya.

PENDIRIAN

Sementara itu, Ahli Ja­wa­tan­kuasa Pas, Muhammad Kha­lil Abdul Hadi berkata, Pas tetap dengan pendirian memperkukuhkan MN dan mempertahankan PN di sebalik penegasan Muhyiddin itu.

Menurut beliau, perkara itu selaras dengan keputusan kepimpinan Pas selama ini dan pendirian Pas terhadap MN yang turut melibatkan UMNO juga tidak pernah berubah setakat ini.

Ditanya sama ada Pas akan memutuskan kerjasama dengan Bersatu jika parti itu memilih PH, Muhammad Khalil enggan mengulas kerana perkara itu belum berlaku.

Beberapa pemimpin Pas dan Bersatu yang dihubungi enggan memberikan maklum balas mengenai jadual pertemuan antara Muhyiddin dan Abdul Hadi.

Usaha menghubungi pegawai khas Muhyiddin juga gagal apabila diberitahu mereka tidak pasti tarikh itu.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Kuala Nerus, Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, kenyataan BN adalah musuh PN meletakkan Pas dalam dilema.

JAMBATAN

Menurut beliau, Pas baru sahaja berusaha membina kembali jambatan yang sudah mula terbakar dan kenyataan Takiyuddin sebelum ini umpama talian hayat kerjasama politik.

“Namun, ia tidak disenangi setengah pihak yang akan terjejas dengan kerjasama MN. Kehadiran MN menakutkan PH dan mereka sudah membayangkan sekurang-kurangnya 28 kerusi Parlimen yang akan terlepas kembali ke tangan sama ada UMNO atau Pas menerusi MN.

“Maka tidak pelik perancangan dibuat untuk membakar jam­batan MN. Jambatan MN yang mula terbakar menjadikan PH bernafas kembali. Agenda untuk memecahkan MN sentiasa berjalan. Percikan api pertembungan antara Pas dan UMNO sangat mudah merebak.

Hanya dengan sedikit minyak, api menjadi marak kerana mereka telah bertembung selama 45 tahun sejak 1978. Ahli Pas dan UMNO perlu berhati-hati dengan agenda perpecahan ini,” katanya.

Di Pontian, Johor, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan pula berkata, ketiadaan pemimpin Pas pada sambutan ulang tahun keenam Bersatu kelmarin turut menunjukkan ada perpecahan dalam kalangan parti komponen PN.

“Kelihatan mungkin telah ada retak menanti belah dalam kalangan mereka,” katanya.-

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Idris Khan, Amelia Henderson naik mahkamah

Tunggu Kat Akhirat Fun Ke Tak – Izara Aishah

Hattan menangis ketika nyanyikan lagu ciptaan Bob Lokman

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker