Mukhriz bidas Anwar dakwa Mahathir gagal
Mukhriz bidas Anwar dakwa Mahathir gagal
Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir membidas Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim berhubung kenyataan bahawa Dr Mahathir Mohamad gagal melaksanakan reformasi ketika berada dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH), sambil menyatakan ia tidak adil dan tidak berasas.
Mukhriz yang juga Ahli Parlimen Jerlun, berkata semua keputusan dibuat dalam kerajaan dilakukan secara kolektif.
“Jadi, kita pun kena menanggung tanggungjawab itu bersama dan tak boleh menyalahkan hanya seorang perdana menteri.
“Perdana menteri mengepalai Jemaah Menteri di mana semua keputusan berat dibentangkan dalam mesyuarat dan diputuskan secara bersama,” katanya pada sidang media.
Anwar dan Pengerusi Pejuang, Mahathir, yang dulunya berada dalam satu gabungan, sering kali melemparkan tuduhan sesama mereka kerana gagal membuat reformasi politik.
Pada Khamis, Anwar berkata, kerajaan pimpinan PH tidak dapat melaksanakan reformasi sepenuhnya kerana ia dipimpin oleh seorang pemimpin “bukan reformis” (merujuk kepada Mahathir yang ketika itu menjadi pengerusi PH).
Mahathir, dalam maklum balas, berkata penggalnya ketika memegang kuasa terlalu singkat, selain gabungan itu berada di tampuk kuasa hanya dengan majoriti mudah, justeru kekurangan kekuatan untuk melakukan pindaan Perlembagaan.
Mukhriz ketika mengulas lanjut, berkata Mahathir merupakan seorang reformis dan ia dapat dilihat sepanjang dua kali menjadi perdana menteri.
Katanya, ketika pentadbirannya, banyak perkara dipertingkat dan diubah oleh Mahathir.
“Contoh Wawasan 2020 semata-mata memberi tumpuan kepada matlamat kita untuk menjadi sebuah negara maju.
“Malah, semua keputusan kerajaan baik di peringkat kementerian dan sebagainya adalah menjurus ke arah menjayakan aspirasi itu. Ini menunjukkan bahawa Mahathir adalah seorang reformis,” katanya.
Dalam pada itu, Mukhriz yang juga timbalan pengerusi penaja Gerakan Tanah Air (GTA), berkata pihaknya terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan Muda sekiranya parti itu gagal menyertai PH.
Mukhriz berkata, berhasrat bertanding hanya di 120 daripada 222 kerusi, pada pilihan raya umum dan mempelawa Muda bertanding di baki 102 kerusi lagi jika berminat.
Bagaimanapun, katanya, Muda tidak akan menjadi sebahagian daripada GTA, sebaliknya sekutu bagi gabungan itu. FMT
Mukhriz bidas Anwar dakwa Mahathir gagal
Baca Artikel Menarik:
- Bob Lokman meninggal dunia
- 3 saksi utama pendakwaan kes Zahid tak boleh dipercayai: Hakim
- Mahkamah turut membebaskan Azeez Rahim
- Tuduhan Tommy “kerajaan Melayu gagal” taktik lama Kit Siang
- Jho Low bebas di Macau, lagi foto terbaru didedahkan
- Hakim ada asas, PAS minta semua pihak terima keputusan Zahid bebas
- Keadilan akhirnya ditegakkan, Mahkamah bebaskan Zahid dari 40 pertuduhan
- Siapa Dibelakang Merdeka Center?
- Lelaki gila pornografi kanak-kanak adalah bakal doktor
- Takut banjir atau beli masa – Zahid sindir pembangkang
- Percakaran TMJ, Sanusi kian panas
- ‘Pergi’ selepas 13 hari peluk Islam
- Nak tunai haji, ukur kemampuan dan kenaikan kos – Idris
- Dua beranak berjalan hampir 5km untuk pinjam duit (Video)
- Anwar salahkan Mahathir atas prestasi buruk Pakatan Harapan selama 22 bulan
- Najib ‘didera’, mana budaya memaafkan Melayu Islam, tanya Ti
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Longgok rumput depan rumah jiran, dua lelaki bergaduh sehingga berdarah [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.