SPRM tahan 2 pegawai MBSA, kontraktor

SPRM tahan 2 pegawai MBSA, kontraktor

Dua pegawai Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) antara tiga individu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung projek kerajaan negeri.

Mengesahkan perkara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Hishamuddin Hashim berkata, seorang lagi ditahan ialah kontraktor.

Serbuan SPRM itu dipercayai berkaitan dengan siasatan kes projek tebatan banjir mega bernilai ratusan juta ringgit.

Namun, Datuk Bandar Shah Alam, Zamani Ahmad Mansor tidak dapat menjelaskan punca pegawai MBSA dan kontraktor itu ditahan.

Sebaliknya, Zamani berkata, pihaknya masih menunggu laporan SPRM dan tidak dapat mengesahkan sama ada penahanan itu berkait projek tebatan banjir sebagaimana dilapor sebuah portal.

Ini kerana Zamani berkata, projek itu ketika ini masih di peringkat perbincangan dengan kerajaan negeri dan belum dimulakan.

Beliau juga tidak dapat memastikan sama ada SPRM membawa keluar beberapa fail dari premis berkenaan ketika serbuan dipercayai dibuat SPRM di Wisma MBSA, Isnin lalu.

“Pada ketika itu, semua pegawai kanan berada di luar menghadiri dialog bajet, ada yang kata serbuan tapi saya tak dapat mengesahkan perkara itu kerana tidak berada di sana dan tidak mendapat apa-apa maklumat daripada SPRM lagi,” katanya menurut Bernama.

Terdahulu, Zamani mengesahkan SPRM melakukan serbuan di MBSA Isnin lalu. FMT

SPRM tahan 2 pegawai MBSA, kontraktor


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Longgok rumput depan rumah jiran, dua lelaki bergaduh sehingga berdarah [VIDEO]

Tunggu Kat Akhirat Fun Ke Tak – Izara Aishah

Gol berkelas dunia Luqman [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker