Bayi perempuan baru lahir ditinggalkan atas jalan raya

Bayi perempuan baru lahir ditinggalkan atas jalan raya

KENINGAU: Seorang bayi perempuan yang baru lahir dan masih bertali pusat ditemui ditinggalkan di atas jalan raya di Jalan Kampung Korikot, Tambunan, hari ini.

Bayi cukup sifat itu ditemui orang awam kira-kira jam 1.05 pagi sebelum melaporkan penemuan itu kepada pihak polis.



Ketua Polis Keningau, Nor Rafidah Kasim berkata, pihaknya menerima laporan berhubung penemuan bayi itu, jam 2.38 pagi.

Katanya, siasatan awal mendapati bayi perempuan itu dijumpai orang awam ketika dalam perjalanan pulang ke rumah.

“Bayi itu ditemukan cukup sifat di atas jalan raya dalam keadaan dibalut dengan kain putih bercorak bunga.

“Orang awam yang terkejut dan terus mengangkat bayi itu masuk ke dalam kereta,” katanya ketika dihubungi, hari ini.



Katanya, bayi itu kemudian dibawa ke Hospital Tambunan untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut dan kini dalam keadaan stabil.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan dan siasatan masih diteruskan.

Nor Rafidah turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini diminta untuk menghubungi pegawai penyiasat kes, Mohd Damsa Dahlan di talian 0164486747. FMT

Bayi perempuan baru lahir ditinggalkan atas jalan raya




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Longgok rumput depan rumah jiran, dua lelaki bergaduh sehingga berdarah [VIDEO]



Tunggu Kat Akhirat Fun Ke Tak – Izara Aishah

Gol berkelas dunia Luqman [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker