Angkara lampu isyarat rosak, 2 beradik maut dilanggar kereta

Angkara lampu isyarat rosak, 2 beradik maut dilanggar kereta

Dua beradik yang baharu mendapat pekerjaan maut selepas motosikal dinaiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat Jalan Sungai Layar, Sungai Petani, semalam.

Kejadian terbabit dipercayai berlaku ketika lampu isyarat di persimpangan tersebut rosak menyebabkan motosikal dinaiki Aliya Bashiroh Nasir, 18, dan kakaknya, Nurul Natasha, 23, berlanggar dengan kereta.

Kemalangan berlaku pada 1.40 petang juga menyebabkan kedua-dua parah dan disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH).

Ketua Polis Kuala Muda, Zaidy Che Hassan, berkata kejadian berlaku semasa motosikal dinaiki mangsa dari arah Sungai Layar menghala Semeling, manakala Proton Saga dari arah Sungai Jagung ke Laguna Merbok.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila kedua-dua kenderaan tidak berhenti ketika melalui lampu isyarat rosak hingga berlaku perlanggaran,” katanya menurut Utusan Malaysia.

Zaidy berkata, polis telah merekodkan keterangan pemandu Proton Saga dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Bernama melaporkan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Kesang Garing, Jasin, Melaka, hari ini.

Ketua Polis Jasin, Mispani Hamdan, berkata kejadian 11 pagi itu, melibatkan kereta Produa Alza yang dinaiki empat beranak dalam perjalanan dari Kesang menghala ke Durian Tunggal, manakala pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dari arah Durian Tunggal ke Jasin.

“Siasatan awal mendapati kenderaan pacuan empat roda dipandu seorang lelaki berusia 47 tahun, telah memasuki laluan bertentangan dan bertembung kereta dipandu ayah kanak-kanak lelaki terbabit.

“Kejadian itu menyebabkan mangsa, Afif Daiyan Shamsuri yang berada di tempat duduk belakang parah di kepala dan meninggal dunia di lokasi,” katanya. FMT

Angkara lampu isyarat rosak, 2 beradik maut dilanggar kereta


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Longgok rumput depan rumah jiran, dua lelaki bergaduh sehingga berdarah [VIDEO]

Tunggu Kat Akhirat Fun Ke Tak – Izara Aishah

Gol berkelas dunia Luqman [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker