Hakim ada asas, PAS minta semua pihak terima keputusan Zahid bebas
Hakim ada asas, PAS minta semua pihak terima keputusan Zahid bebas
PAS meminta semua pihak menerima keputusan mahkamah yang membebaskan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi daripada 40 pertuduhan menerima rasuah daripada sebuah syarikat untuk menyambung kontrak berkaitan sistem visa luar negara (VLN).
Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata parti itu juga menghormati setiap keputusan dan sudah tentu hakim mempunyai asas dalam membuat pertimbangan beliau.
“Kita menghormati keputusan mahkamah. Setiap keputusan akan ada yang gembira dan akan ada yang dukacita, namun negara ini ada sistem dan menjadi ikrar bersama untuk menjunjung kedaulatan undang-undang.
“PAS menggesa agar masyarakat perlu dididik menghormati keputusan mahkamah, dalam apa jua keputusan, jangan bila kita setuju kita sokong keputusan (mahkamah), bila kita tak setuju kita bantah.
“Hakim mempunyai asas dalam membuat sesuatu keputusan dan dia bertanggungjawab dunia akhirat dengan keputusannya,” katanya kepada FMT.
Terdahulu, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Yazid Mustafa memutuskan pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap presiden Umno itu.
Zahid, 69, didakwa atas 33 tuduhan menerima rasuah berjumlah SGD13.56 juta (RM42 juta) daripada Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) ketika menjadi menteri dalam negeri, untuk menyambung kontrak firma itu sebagai pengendali perkhidmatan Pusat Sehenti (OSC) di China dan sistem VLN, serta untuk mengekalkan perjanjian kontrak bagi pembekalan sistem bersepadu VLN.
Dia juga didakwa atas tujuh lagi tuduhan memperoleh untuk dirinya SGD1.15 juta; RM3 juta; 15,000 franc Swiss; dan USD15,000 daripada syarikat sama berkaitan dengan tugas rasminya.
Ahli Parlimen Bagan Datuk itu didakwa melakukan kesalahan berkenaan di Seri Satria, Presint 16, Putrajaya, dan Country Heights, Kajang, antara Oktober 2014 dan Mac 2018.
Zahid masih berdepan 35 tuduhan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berkait pengubahan wang haram dan pecah amanah jenayah membabitkan jutaan ringgit dana Yayasan Akalbudi dan menerima rasuah untuk pelbagai projek semasa beliau menjadi menteri dalam negeri. FMT
Hakim ada asas, PAS minta semua pihak terima keputusan Zahid bebas
Baca Artikel Menarik:
- Sempat elak banjir kalau Parlimen bubar awal Oktober – Asyraf
- Ganjaran RM150,000 jika jumpa Chong Loong
- Sugar mummy, Fasha Sandha sedia dikecam
- Foto Anwar terima tetamu ketika dirawat di hospital tular
- Hubungan seksual lebih nikmat bila sihat
- Kereta terbabas, lima pelajar UiTM tak dapat hadir konvokesyen
- Serangan Muhyiddin terhadap Ismail bukti politik negara tidak stabil – Zahid
- Anak dara Tiara Jacquelina, ikut wajah arwah ayahnya
- Ismail lebih bagus dari Muhyiddin sebagai PM – Adun PKR
- Ucapan RIP: mufti-mufti berbeza pandangan, ada yang melarang ada yang mengharuskan
- PH tiada harapan dapat undi Melayu dalam PRU-15
- Korang ini Majlis Peguam atau Majlis Penasihat PH? – Asyraf
- Bersatu tidak boleh dibuat kawan: Pemuda UMNO Kedah
- Caprice sedia diheret ke mahkamah
- Bayaran tidak setimpal dan lambat bayar buat guru ‘give up’ dengan KPM
- Upah ‘pelakon’ RM10k untuk rompak dan bunuh suami
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.