Jijik dan meloyakan: Najis tikus di ruangan proses ayam, DBKL arah tutup premis

KUALA LUMPUR: Sebuah premis penyembelihan ayam di kawasan perindustrian Batu Caves bukan sekadar kotor, malahan najis tikus turut ditemukan di ruangan aktiviti memproses ayam.

Pemandangan jijik itu dikesan susulan pemeriksaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersama Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan, Indah Water Konsortium dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara dalam satu Operasi Bersepadu yang dijalankan terhadap dua premis di kawasan berkenaan, pada Khamis.

Berikutan keadaannya yang kotor dan tidak mencapai standard kebersihan ditetapkan itu, premis tersebut dikenakan dua kompaun dan diarah menutup operasi mereka serta-merta.

Dalam satu kenyataan, DBKL berkata, hasil pemeriksaan mendapati, lantai serta dinding ruang memproses ayam berkarat, berlumut, berdaki hitam dan kotor.



“Malah, beberapa pengendali makanan di premis tidak mendapatkan suntikan tifoid dan gagal mempamerkan dokumen pengenalan diri kerana hampir semua pekerja merupakan warga asing.

“Premis tersebut juga tiada sistem penapisan sisa efluen dan ia dialirkan terus ke dalam saliran longkang awam bersekali dengan fizikal dan darah ayam yang disembelih.

“Ayam turut diletakkan atau diproses di atas lantai, tiada sijil tauliah penyembelihan dan sijil halal serta tandas yang kotor dan tiada kelengkapan asas,” katanya, pada Jumaat.

Justeru itu, DBKL telah mengeluarkan notis Perintah Penutupan di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983 terhadap premis terbabit serta-merta.
“Pengambilan sampel ayam dan sisa air efluen dilaksanakan untuk dianalisa,” ujarnya.



DBKL menegaskan, pemeriksaan secara berkala dan bersepadu terhadap premis-premis seumpama ini akan dilaksanakan berterusan dari semasa ke semasa.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tengah berubat ke beromen (Video)

Kambing pun kena rogol, gatal – Janna Nick

Rafizi takut dengan FB Najib

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Check Also
Close
Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker