Bunuh dua anak angkat guna cecair peluntur

Bunuh dua anak angkat guna cecair peluntur

BANGKOK: Seorang wanita yang diberi gelaran ‘Bleach Mum’ (Ibu Peluntur) dijatuhkan hukuman mati selepas didapati bersalah meracun dua anak angkatnya.

Latin Times melaporkan, wanita bernama Nattiwan Raakunjet yang terbabit dalam kes pemerdagangan kanak-kanak bertindak demikian selepas berang terhadap dua anaknya yang memohon derma di media sosial untuk kos perubatan.

Rahsia mula terbongkar selepas Nattiwan membawa anak lelakinya berusia empat tahun ke Hospital Universiti Thammasat Bangkok selepas anaknya mengadu sakit perut dan muntah darah.

Pada awalnya, Nattiwan memaklumkan anaknya alahan kepada makanan laut. Namun begitu, doktor yang merawat kanak-kanak lelaki mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena.

Selepas pemeriksaan dijalankan, kanak-kanak itu sedang menahan kesakitan akibat jangkitan di perut dan bukan alahan.

Siasatan lanjut mendedahkan bahawa wanita berkenaan telah memasukkan bahan peluntur ke dalam makanan kanak-kanak lelaki itu selama dua tahun.

Sementara itu, wanita itu juga didakwa menyebabkan anak perempuannya meninggal dunia dengan simptom yang sama pada 2019. Nattiwan didakwa meletakkan cecair pemutih ke dalam makanan anak angkatnya yang diambil pada tahun 2015.

Kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia akibat komplikasi pendarahan dalam saluran penghadamannya, tekanan darah tinggi dan kegagalan buah pinggang.

Nattiwan ditahan pada Mei 2020 dan siasatan polis mendapati sebanyak 20 juta baht (RM246,753) di dalam dua akaun banknya dipercayai diperoleh daripada derma orang ramai.

Mahkamah turut memerintahkan Nattiwan memulangkan 42,000 baht (RM5,026 ) dan merampas telefon bimbit yang dibeli dengan wang itu. BH

Bunuh dua anak angkat guna cecair peluntur


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tengah berubat ke beromen (Video)

Kambing pun kena rogol, gatal – Janna Nick

Rafizi takut dengan FB Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker