Hamidah buat laporan polis mengenai mesej kesihatan Najib

Hamidah buat laporan polis mengenai mesej kesihatan Najib

Bekas ADUN Umno Sungai Rapat Hamidah Osman membuat laporan polis berhubung mesej yang tular di media sosial yang didakwa memperlekeh keadaan kesihatan bekas perdana menteri, Najib Razak.

Beliau memfailkan laporan itu di balai polis Jalan Tun Razak, semalam.

“Mesej itu seolah-olah memperlekehkan keadaan kesihatan Najib dan memberi gambaran beliau berpura-pura sakit,” kata Hamidah.



Beliau turut melampirkan salinan laporan dari Pusat Perubatan Prince Court di Kuala Lumpur dan doktor peribadi Najib mengesahkan penyakitnya, yang didakwanya mengancam nyawa.

“Difahami bahawa keadaan Najib menjadi semakin buruk minggu lalu dan ini dapat disahkan oleh Hospital Kuala Lumpur (HKL),” katanya dalam laporan itu.

Hamidah mendakwa beliau menerima mesej itu di telefonnya ketika berada di Jalan Ampang pada 19 Sept.

Katanya, mesej itu didakwa daripada “sumber yang tidak didedahkan” dan turut memberikan butiran mengenai pergerakan Najib.



Beliau menggesa agar polis menyiasat pihak bertanggungjawab menyebarkan mesej “berniat jahat” itu.

Ketua Polis Ampang Farouk Eshak berkata, pihaknya tidak dapat menghubungi Hamidah untuk merakam keterangannya.

Semalam, Jabatan Penjara memaklumkan bahawa Najib telah dipindahkan ke Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC) untuk rawatan dan pemerhatian pada Isnin selepas dirujuk oleh HKL.

Katanya, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Najib dibawa ke hospital untuk rawatan pada 12 Sept.



Najib sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukumannya dalam kes SRC International, pada 23 Ogos. FMT

Hamidah buat laporan polis mengenai mesej kesihatan Najib


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tengah berubat ke beromen (Video)

Kambing pun kena rogol, gatal – Janna Nick

Rafizi takut dengan FB Najib

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker