BN Tidak Akan Menang Tanpa Pensimpati Najib

Oleh Tun Teja

KINI UMNO ketandusan “wow factor” untuk menang dalam Pilihanraya Umum ke 15 (PRU-15) apabila Datuk Seri Najib dipenjarakan setelah dinafikan perbicaraan yang adil. Perkara ini perlu diterima oleh semua ahli UMNO. Buat masa ini, tiada seorang pemimpin UMNO pun yang mempunyai “wow factor”. Rakyat masih teringat-ingat pada Datuk Seri Najib yang mengangkat ekonomi negara di persada dunia.

Najib satu-satunya pemimpin yang mengerakkan media sosial dengan sangat cemerlang di negara kita. Setiap hari facebook, twitter dan telegram beliau dinanti-nantikan oleh penyokong dan pembangkang bagi mengetahui informasi yang bermanafaat, padat dan jawapan-jawapan yang bernas berserta bukti-bukti yang tidak akan mampu disangkal.

Beliau mengadakan program-program bersama pengiat media sosial yang terdiri dari kumpulan-kumpulan pejuang siber pro kerajaan. Program ini tidak pernah dibuat pada Pak Lah dan Ismail Sabri. Presiden UMNO Zahid Hamidi juga tidak mampu bersama dengan kumpulan-kumpulan media sosial tersebut.

Najib berjaya mewujudkan kelompok sendiri dalam media sosial yang terdiri kelompok “cytro” penyokong kerajaan. Kelebihan tersebut telah meletakkan Najib sebagai pemimpin UMNO yang mempunyai “wow factor”.

Kerajaan perlu segera membubarkan Parlimen seterusnya mengadakan PRU-15. Ahli UMNO perlu bersolidariti untuk Datuk Seri Najib Razak bagi memperjuangkan keadilan dan memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam PRU-15.

BN tidak akan mampu menang tanpa pensimpati Najib. Itu adalah fakta yang perlu kita telan. Terlalu banyak budi beliau kepada rakyat Malaysia terutamanya golongan B40.

Mereka yang pernah menerima pelbagai bantuan kerajaan semasa era pentadbiran Datuk Seri Najib Razak dahulu berasa sedih dan pilu dengan nasib yang menimpa bekas Perdana Menteri itu.

Antara bantuan yang dekat dihati rakyat adalah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), bantuan persekolahan, program 1AZAM, Baucar Buku 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Klinik 1Malaysia, Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) serta banyak lagi inisiatif yang dilaksanakan menerusi Program Transformasi Kerajaan (GTP).

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker