Pukul, pijak kepala anak tiri, lelaki ditahan polis

Pukul, pijak kepala anak tiri, lelaki ditahan polis

Seorang lelaki di Parit Buntar, Perak sedang disiasat polis selepas dia didakwa menyerang anak tirinya di rumahnya bulan lalu.

Dalam laporan polisnya, gadis berusia 19 tahun itu mendakwa kejadian itu berlaku pada 17 Ogos lalu ketika dia melawat ibunya.

Katanya, lawatan itu berakhir dengan pertengkaran dengan ibunya berhubung isu yang tidak didedahkan, dan ini menimbulkan kemarahan bapa tirinya yang menyaksikan kejadian itu.

“Dia menarik leher saya, menampar muka saya, menendang belakang dan memijak kepala saya,” katanya dalam laporan polisnya.

Menurutnya, bahagian badannya bengkak dan dia mendapatkan rawatan di Hospital Taiping, sebelum membuat laporan polis keesokannya.

Berkongsi nasibnya di Instagram semalam, gadis itu berkata, dia sedang menuntut keadilan dan berharap dapat menyebarkan kesedaran mengenai keganasan rumah tangga.

Ketua Polis Daerah Kerian, Mazuki Mat berkata, lelaki itu ditahan pada hari sama laporan itu dibuat mangsa.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga kerana sengaja menyebabkan kecederaan.

“Polis masih menyiasat kes ini dan suspek dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya. FMT

Pukul, pijak kepala anak tiri, lelaki ditahan polis


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Jadi janda tidaklah hina – Fatin Afeefa

Cukup sudah dengan Anwar dan Mahathir

Akulah Penyamun – PKR

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker