Ada lelaki kaya cuba dekati tunang – Imran Aqil

Ada lelaki kaya cuba dekati tunang – Imran Aqil

Pelakon dan penyampai radio, Imran Aqil memaklumkan dia dan pasangan Dahlia Rizal bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi selepas hampir setahun mengikat tali pertunangan.

Menurut Imran atau nama lengkapnya Mohammad Imran Aqil Mohd Salehuddin, 24, majlis tersebut bakal berlangsung pada penghujung tahun ini namun belum bersedia berkongsi tarikh kepada umum.



Imran turut menjelaskan perkongsian video yang dibuatnya tempoh hari adalah proses untuk melengkapkan borang pernikahan.

“Insya-Allah dalam tahun ini. Hujung tahun tapi dalam masa yang terdekat.

“Gambar yang dimuat naik itu adalah untuk proses borang nikah. Saya boleh katakan persiapan kini sudah hampir 70 peratus,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Imran turut mendedahkan terdapat dugaaan dalam fasa pertunangannya seperti wujud orang ketiga yang cuba mendekati Dahlia namun tetap saling percaya antara satu sama lain.



“Tak nafikan ada dugaannya, orang ketiga, kelemahan masing-masing dan kami cuba terima kekurangan bersama tetapi dalam masa sama kami tahu kekurangan dan cuba perbaiki.

“Saya ini tak ada lah kacak mana tapi biasalah…Dahlia bagi saya antara wanita yang tercantik di Malaysia.

“Jadi bila ramai dapat tahu dia akan berkahwin, ada orang kenamaan yang cuba mendekati. Namun saya tetap percaya pada dia. Kita tahu mana yang baik dan buruk.

“Saya percaya dia. Apakah percintaan tanpa kepercayaan?,” kongsinya.



Disoal mengenai persediaan untuk menjadi seorang suami, Imran akui ia perkara yang besar dalam hidupnya dan sedang mempelajari ilmu rumah tangga.

“Saya sedang cuba hadapi persediaan itu. Nak kata bersedia sepenuhnya itu belum lagi.

“Sedikit demi sedikit saya ambil langkah untuk jadi lebih matang, tahu tugas seorang suami dan isteri.

“Yang paling penting, perlu tahu amanah yang perlu saya pikul sebagai seorang suami kelak,” katanya. Xtra



Ada lelaki kaya cuba dekati tunang – Imran Aqil

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

“Padan muka hang dapat laki macam tu”, kata Shaarnaz kepada Reen Rahim



“Kes ini sangat juicy” – Azhar Sulaiman minta kes PU Azman dikendalikan secara tertutup

Lelaki kurang siuman tetak pengurus bank, dakwa miliki RM132 juta dalam akaun



Lelaki bogel ganggu pendaki wanita solo

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker