Marzuki kena nasihat Muhyiddin tekan butang segera – Shahrir

Marzuki kena nasihat Muhyiddin tekan butang segera – Shahrir

Bekas setiausaha sulit kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Dr. Marzuki Mohamad perlu menasihatkan Ahli Parlimen Pagoh itu untuk segera ‘menekan butang’ agar Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dapat diadakan.

Saranan itu dibuat oleh Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru Tan Sri Shahrir Samad selepas Marzuki mendakwa rakyat lebih berpuas hati dengan kepimpinan Presiden Bersatu itu berbanding Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.



“Marzuki Mohamed kata approval rating untuk Tan Sri Muhyiddin pukul rata adalah 67%. Itupun Kerajaan Abah dikatakan kerajaan gagal.

“Marzuki sambung hujahan dengan mengatakan Datuk Seri Ismail Sabri hanya dapat ‘approval rating‘ 45% jauh lebih rendah dari Tan Sri Muhyidin.

“Apa nak tunggu lagi? Marzuki kena nasihat Tan Sri Muhyiddin untuk ‘tekan butang’,” kata Shahrir.

Menurutnya, Marzuki juga boleh meminta supaya ahli Parlimen Bersatu dan Perikatan Nasional untuk menarik sokongan secara beramai-ramai terhadap Ismail Sabri.



Secara sinis Shahrir berkata, Muhyiddin yang mendapat markah purata yang tinggi dengan mudah boleh menggalahkan Ismail Sabri dalam PRU-15.

“Tak hendak ‘tekan butang’, boleh juga ‘pull the plug‘, iaitu orang-orang PPBM dan PN yang ramai dalam Jemaah Menteri boleh tarik sokongan daripada Datuk Seri Ismail sebagai PM. Kan senang.

“PM 67% boleh dengan mudah mengalahkan PM 45% di PRU15 kan? Itu pun kalau Merdeka Centre pandai mengira,” kata Shahrir.

Marzuki dalam kenyataannya berkata, berdasarkan kajian Merdeka Centre for Opinion Research 72 peratus rakyat berpuashati dengan prestasi Muhyiddin pada bulan Mei 2020, 74 peratus (Julai 2020): 73 peratus (September 2020): 67 peratus (November 2020): 63 peratus (Januari 2021): 68 peratus (April 2021) dan 57 peratus (Jun 2021).



“Markah purata Muhyiddin sepanjang berkhidmat sebagai Perdana Menteri ialah 67 peratus. Ini adalah markah lulus dengan baik.

“Muhyiddin lulus dengan baik sebagai Perdana Menteri walaupun pada ketika itu beliau memimpin negara mengharungi krisis kesihatan yang paling buruk dalam sejarah negara dan dunia, iaitu Covid-19,” kata Marzuki.

Marzuki berkata, berdasarkan kajian yang sama terhadap Ismail Sabri, jelas perdana menteri memperoleh markah gagal.
MG

Marzuki kena nasihat Muhyiddin tekan butang segera – Shahrir




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Jadi janda tidaklah hina – Fatin Afeefa



Cukup sudah dengan Anwar dan Mahathir

Akulah Penyamun – PKR



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker