Hajat dapat RM1 bilion, rugi RM2.3 juta
Hajat dapat RM1 bilion, rugi RM2.3 juta
Dijanjikan nilai pelaburan sehingga RM1 bilion namun perlu membayar RM2.3 juta sebagai yuran komitmen, menjadi jerat sebuah skim yang menjadikan orang ramai sebagai mangsa.
Namun selepas lebih tiga bulan, ternyata apa yang dijanjikan sebuah syarikat perunding itu ternyata hanya ‘cakap kosong’ apabila pelbagai alasan diberikan untuk menangguhkan pembayaran.
Wakil syarikat pelaburan yang enggan dikenali berkata, dia bertemu dengan seorang wanita yang juga pemilik syarikat perunding pelaburan itu selepas diarahkan majikannya.
Menurutnya, pada awal pertemuan, wanita yang menggunakan gelaran ‘Datin Seri’ terbabit menjanjikan nilai pelaburan bernilai RM1 bilion.
Katanya, bagaimanapun RM2.3 juta perlu dibayar terlebih dulu sebagai yuran komitmen dan dalam tempoh tujuh hingga 14 hari syarikat berkenaan akan menyerahkan RM1 bilion sebagai dana pelaburan.
“Semua proses berjalan lancar membabitkan pelbagai dokumen undang-undang yang memperlihatkan tawaran itu sah.
“Saya tidak menaruh sebarang syak pada mulanya kerana semua proses mengikut lunas undang-undang dan dokumen yang ditandatangani bersama wakil peguam.
“Malah, ketika pertemuan diadakan, syarikat terbabit turut menunjukkan kotak berisi bon bernilai trilion Euro,” katanya ketika ditemui pada sidang media hari ini.
Turut hadir, Pengerusi Khidmat Guam Datuk Khairul Anwar Rahmat, Pengarah Advokasi Khidmat Guam Mahmud Jumaat dan aktivis masyarakat, Mona Din.
Katanya, selepas beberapa bulan, dana pelaburan yang dijanjikan itu gagal diserahkan walaupun masa sudah diberikan.
Menurutnya, pelbagai alasan diberikan wanita terbabit untuk melengahkan pembayaran dana pelaburan berkenaan.
“Selepas beberapa pertemuan, dia tetap berjanji untuk membayar dana pelaburan itu namun masih gagal sehingga kini.
“Saya juga sudah membuat laporan polis awal bulan lalu untuk tindakan selanjutnya daripada pihak berkuasa.
“Tawaran yang diberikan terlalu ‘bagus untuk dipercayai’ namun disebabkan proses perundangan dan dokumen diberikan membuatkan majikan mempercayai tawaran itu,” katanya.
Tambahnya, saya berharap wang RM2.3 juta itu dapat dikembalikan secepat mungkin dan tiada lagi yang menjadi mangsa selepas ini. HM
Hajat dapat RM1 bilion, rugi RM2.3 juta
Baca Artikel Menarik:
- Lagu Maya Karin hantui penduduk sampai awal pagi
- 15 tahun nikah tidak pernah ‘dijamah’ suami
- Mahukan peguam negara telus, responsif? Jadikan dia ahli Jemaah Menteri – Zaid
- Serah dirilah, polis dah cari tu..
- Isteri cekup suami beromen dengan bekas kekasih dalam bilik tidur
- Ahli Parlimen Bukit Gantang perlu akur keputusan parti – Bersatu
- 6 kertas siasatan kes amang seksual pendakwah selebriti, bakal didakwa
- ‘Roslan Shah Patut Minta Maaf, Bukan Saya’ – Jamal Abdillah
- Ahmad Zahid Beri Isyarat PM Kekal Jika BN Menang PRU-15
- Ini rahsia bagaimana bilionair India jadi nombor 2 terkaya dunia
- Tuan Guru Haji Hadi, apa perlunya melabel orang tak beriman?
- Ketua Pemuda PN perli BN
- Pendapatan penyanyi jalanan buat juruwang terkejut [VIDEO]
- Bapa kepada Puteri Balqis disambung reman tiga hari lagi
- Polis wanita miliki punggung mirip Kim Kardashian buat ramati teruja [VIDEO]
- Tetak ibu sampai mati demi wang pusaka RM50,000
- Tiara bangga pencapaian anak menang emas acara Jujitsu
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Yazmin Aziz dan kekasih, cuti sama-sama, bilik asing-asing ke?
You must be logged in to post a comment.