Delegasi China dilarang lihat keranda Elizabeth II – Britain
LONDON – China mengecam Britain sebagai ‘tidak beradab’ selepas delegasinya dilarang daripada melihat keranda berisi jasad Ratu Elizabeth II, lapor akhbar Mirror UK kelmarin.
Beijing menyatakan delegasi berkenaan menerima jemputan Istiadat Pengebumian Negara yang dijadualkan esok.
Jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning mengkritik langkah itu sambil menambah, Britain sepatutnya lebih peka tentang protokol diplomatik dan adab yang betul untuk menerima tetamu.
Semua ketua negara yang berlepas ke kota London untuk majlis pengebumian esok telah menerima jemputan untuk memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Elizabeth II di Dewan Westminster sebelum majlis pengebumiannya.
Presiden China, Xi Jinping turut menerima jemputan itu, namun memilih untuk menghantar delegasi diketuai oleh Naib Presiden, Wang Qishan.
Bagaimanapun, Speaker Dewan Rakyat, Lindsay Hoyle menafikan permintaan untuk delegasi tersebut mengikuti sesi penghormatan terakhir di Dewan Westminster di banguna Parlimen yang dianggap sebagai pusat demokrasi Britain.
Hoyle menegaskan bahawa pegawai-pegawai China tidak wajar dibenarkan memasuki Parlimen selepas Beijing melaksanakan sekatan terhadap beberapa anggota Dewan Rakyat kerana mengutuk pencabulan hak asasi manusia terhadap etnik Islam Uighur.
Beijing kini menyatakan bahawa pihaknya belum memutuskan sama ada untuk menghantar wakil susulan larangan tersebut.
Ditanya mengenai pandangan Perdana Menteri Britain, Liz Truss mengenai isu itu, seorang jurucakap beliau memaklumkan bahwa Truss enggan masuk campur.
“Kemasukan ke Parlimen adalah urusan Parlimen,” demikian menurut jurucakap itu.
Kira-kira 500 ketua negara, pemimpin dan orang kenamaan dari seluruh dunia akan berlepas u ke London untuk majlis pengebumian negara dalam acara diplomatik antara yang terbesar di Britain sejak beberapa dekad lalu. – Agensi
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Zahid tegaskan hubungannya dengan Ismail Sabri mesra dan utuh
- Kematian Ratu Elizabeth II: ‘Imam masjid meninggal dunia pun kami tidak kibar bendera separuh tiang’
- GTA kata Mahathir perlu jadi PM kali ke-3, rakyat kata jangan buat gila!
- Pendapatan penyanyi jalanan buat juruwang terkejut [VIDEO]
- Farah Diba tak berkahwin, Aman Shah satu-satunya lelaki dicintai
- Ejen kosmetik diculik kerana perselisihan sindiket dadah
- Ramai pemimpin PH tak beriman, tak bermoral – Hadi
- Samy Vellu meninggalkan kata-kata yang tetap abadi di kalangan rakyat Malaysia
- ‘Sampai bila mahu hidup dengan babi?’
- Yana Najib kena maki dengan kakitangan KKM
- Putera William warisi harta pusaka berusia 685 tahun bernilai £1 bilion
- Anna Jobling jadi jahat rebut Meerqeen
- Sanusi sindir lagi, pemain import kami reti cakap Kedah
- Raja Charles III naik darah dakwat pen bocor terkena tangan
- Polis wanita miliki punggung mirip Kim Kardashian buat ramati teruja [VIDEO]
- Saya bukan kurang ajar – Rosyam
- Keadaan kesihatan Najib umpama `bom jangka’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Arab Saudi Perkenalkan Robot Yang Mampu Sampaikan Khutbah Daripada Imam Dan Muazin
Melur Untuk Firdaus kembali untuk musim ke-2, netizen tak setuju
You must be logged in to post a comment.