Lelaki Lemas, Cuba Tahan Kereta Mengelongsor Masuk Laut

Lelaki Lemas, Cuba Tahan Kereta Mengelongsor Masuk Laut

LUMUT: Seorang lelaki meninggal dunia terperosok bawah kereta ketika dikatakan cuba menahan sebuah kereta dari mengelongsor ke laut di Teluk Senangin di sini malam tadi.

Dalam kejadian sekitar jam 11.30 malam itu, mangsa dikenali Muhammad Hafiz Ramli, 31, meninggal dunia di lokasi kejadian dipercayai akibat lemas.



Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, mereka menerima maklumat daripada orang awam mengenai kejadian itu pada jam 11.34 malam.

“Setibanya di lokasi kejadian didapati sebuah kereta jenis Proton Gen2 telah mengelongsor masuk ke dalam laut.

“Pihak bomba dimaklumkan terdapat seorang lelaki terperosok di bawah kereta tersebut, dipercayai cuba menahan kereta dari masuk ke laut,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Bagaimanapun, katanya, mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Kenyataan itu berkata, operasi anggota kemudiannya membuat ‘sizeup’ di lokasi bagi memastikan tiada bahaya lain wujud.



“Pemeriksaan dalam kereta juga dilakukan selain mencabut kabel bekalan kuasa bateri kenderaan bagi mengurangkan risiko kejadian lain berlaku,” ujarnya.

Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Mohd Hanafi Mohd Rashidi tamat jam 1.45 pagi. AA

Lelaki Lemas, Cuba Tahan Kereta Mengelongsor Masuk Laut

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Arab Saudi Perkenalkan Robot Yang Mampu Sampaikan Khutbah Daripada Imam Dan Muazin



Majlis Peguam ‘kurang ajar’ – Zaid

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker