Pesawat terhempas kerana kesilapan juruterbang

Pesawat terhempas kerana kesilapan juruterbang

Sebuah pesawat peribadi terhempas dan mengorbankan kesemua enam orang yang menaikinya pada Julai 2021 berikutan kesilapan dua juruterbang, demikian menurut penyiasat persekutuan Amerika Syarikat (AS) seperti dilaporkan portal berita MailOnline semalam.

Pesawat enjin berkembar Bombardier CL 600 mengalami masalah daya angkatan, menyebabkan ia menjunam dan terhempas di California, kata Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB).



Kapal terbang itu bertolak dari bandar Coeur D’Alene, Idaho dan cuba mendarat di Lapangan Terbang Truckee-Tahoe apabila ia terhempas di sebuah hutan tidak jauh dari landasan.

Terdapat letupan dan semua orang yang  jet itu disahkan mati. Pejabat Syerif Daerah Nevada terpaksa menggunakan bukti asid deoksiribonukleik (DNA) untuk mengenal pasti identiti kesemua mangsa.


Baca Artikel Menarik:

Abang Tesla nikah lagi




Kedua-dua juruterbang berkenaan ialah Thomas Ebaugh, 56 dan Kapten Alberto Montero De Collado De La Rosa berusia 43 tahun.

Laporan NTSB mendapati Ebaugh yang merupakan pembantu juruterbang melakukan kesilapan apabila dia membuat belokan ke kiri dengan curam ketika hendak mendarat di salah satu landasan terbang Lapangan Terbang Truckee-Tahoe.

De La Rosa gagal membetulkan kesilapan pembantu juruterbang itu. – AGENSI

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Tular Fyna Jebat keluar makan dengan Zainal Abidin Hassan

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Norreen Iman bakal disaman resort terkemuka Johor



Farid Kamil balas foto pegang tangan Diana Danielle

Pesawat terhempas: Saya sudah mati jika pecut – Pemilik dashcam (Video)



Tak sanggup tengok arwah merangkak sebut nama Allah – Saksi pesawat terhempas (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker